Pages

Monday, April 25, 2011

suami soleh

apa kata hari ni kite citer pasal tugas lelaki atau lebih dikenali tugas suami..korg kat luar mst arif sgt benda ni kan! maklum la most yang kat dlm dunia blog ni semua dah ada husband n ada anak2 yang chumel.
okey jom terjah bagaimana ciri2 suami soleh.

1) mencari nafkah

oh..ini memang kemestian dan wajib ke atas lelaki mencari nafkah, baik untuk isteri dn anak2...untuk diri sendiri pun, dia kena cari nafkah sendiri.tak bleh suruh bini kuar mencari nafkah dn menanggung hidup dia..tp hari ni, mmg banyak perkara ini terjadi..tak tahu mana silapnya..mungkin zaman sekarang bila perempuan berkuasa sehingga tidak memberi peluang kpd lelaki-lelaki di luar sana. terdapat juga lelaki yang amik ringan tugas mencari nafkah bila si isteri bekerja..sdgkan kalau hukum tetap hukum..mana bleh diubah2. terdapat 2 kategori mencari nafkah:-

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

2)berjihad fisabilillah

okey kalau cakap jihad, bukan hanya di medan perang tetapi banyak yang perlu berjihad terutama di akhir zaman. lelaki sepatutnya berjihad untuk tidak membuat maksiat. especially kalau yang dah kawin tu, sila2 tutp pandangan drpd melihat perempuan yang suke tayang body..selain jihad drpd menutup pandangan..wajib juga ke atas diri untuk merajinkan pi solat berjemaah di masjid surau..bukan hanya berjemaah dgn isteri beserta anak2 ke shopping complex, taman permainan, bercuti ke luar dan dalam negara. so jangan pandang berijihad hanya di medan perang..buka minda baru tahu apa itu berjihad.

3) melindungi dan membela kaum yang lemah

oleh kerana perempuan sinonim dgn kaum yang lemah, amat wajib la bagi lelaki yang soleh melindunginya..bermacam2 kaedah yang boleh diterap di sini..antaranya jikalau dia adalah suami, maka wajib dia menyuruh isteri menutup aurat supaya apabila di luar sana, dia tidak tidak diganggu oleh anasir-anasir jahat yang mana ketua nya adalah syaitan. wajib bagi ayah melindungi anak perempuan mahupun lelaki dgn menyediakan tempat tinggal dan pakaian..kepada isteri2 atau anak2 sila la bantu suami atau ayah2 untuk melindungi kamu sebaik mungkin.

4)memimpin dan mendidik isteri dan keluarga
  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
sebelum si suami untuk mendidik isteri dan anak2, sila pastikan dia mempunyai ilmu terlebih dahulu agar mudah bagi suami utk mendidik mereka..andainya si suami atau ayah tak tahu, boleh sama2 berbincang..sbb itu la digalakkan mengadakan usrah keluarga bersama terutama di hujung minggu..usrah ni boleh buat di mana2..tak perlu formal..makan bersama2 pun boleh nak buat usrah..ini kerana mmg mendidik dan membimbing juga merupakan tugas hakiki suami.

Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

tazkirah pendek di petang isnin..renung2 kan lah..wallahualam

No comments:

Post a Comment