masih terngiang2, ustazah tu cakap susu ibu ni berasal dr darah..so after 2 years susu kembali pada darah..ramai mempertikaikan kalau budak umur lebih 2tahun minum darah mst la jadi macam raja siong dn sebagainya..susu tu bertukar color dn sebgainya..Allah itu maha berkuasa..Dia yang mencipta segalanya di alam ini..bayangkan..b4 ni masa takde baby, mana ada susu pun..tp macam mana datangnya susu..kita pun tahu badan kita dipenuhi darah..sbb tu kita yang diberi akal ni hendaklah berfikir setiap kejadian yang Allah ciptakan..kalau kiter buang air besar, mst dr pada pemakanan kite manakala buang air kecil pula dr air diminum...dan tidak hairan lah Allah itu mampu ciptakan darah bertukar menjadi susu kerana Dia Maha Berkuasa.
lagipun dalam surah al-baqarah ayat 233,
Allah perintahkan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
apabila tgk pada ayat di atas, Allah dah bagitahu umur yang patut menjadi kewajipan menyusu anak adalah sehingga 2 tahun..kalau cakap pasal mahram pun..hanya anak yang usia bawah 2 tahun saje yang jadi mahram dengan ibu dan keluarga tersebut..mananya anak tersebut tidak boleh kahwin dengan adik beradik susuan.
maka dengan ini, mmg jelas, cukup la susukan ibu hanya 2 tahun..lepas 2 tahun still menyusu, tak berdosa..cuma hairan bila aku kasi ayat di atas ada yang terguris pulak..sedangkan itu kata-kata Allah..bila kita btul jadikan Al-Quran sebagai pedoman kite, kita akan terima ayat Allah tu dengan hati yang tenang..takde rasa ragu2 atau memprtikaikan..so kepada yang sangsi kalau menyusu lebih dr 2 tahun anak akan jadi bodoh, degil dan sebgainya..susu la anak sampai 2 tahun..dah cukup sempurna pn kalau susukan anak 2 tahun..kite dah bagi hak anak tu sehingga 2 tahun..why not bagi haq yang lain pulak..mean bagi didikan yang menjurus kepada ketuhanan drpd asyik dok pk susu ibu yang boleh jadikan anak pandai dan baik
ya..susu ibu mmg yang terbaik untuk anak yang bawah umur 2 tahun untuk membina antibodi dia..dan untuk lebih 2 tahun..ada yang lagi bagus untuk anak2..bagi la makan makanan berkhasiat dan yang penting sumber halal terutama cara kite mencari rezeki..bukan hanya minum susu ibu je anak akan berakhlak yang baik, pandai dan sebagainya tetapi juga didikan kita kepada anak-anak...lagi satu andainya tiada had umur, sampai bila anak patut stop minum susu, andainya si ibu masih ada anak kecil yang lain ketika usia mencecah umur dlm lingkungan 24 tahun dn sebagianya..so dia boleh minum lagi kan susu ibu!!...so sbb tu Allah dah gariskan had umur anak menyusu..insyaAllah aku akan susukan sofiya hingga 2 tahun..hampir2 dua tahun aku akan ikthiar la usaha utk stopkan minum susu ibu...
kat bawah ni aku copy dr halaqah.com tentang penyusuan lebih 2 tahun: (rata2 blog aku jupe cuma ckp benda sama je..kalau tgk susuibu pun sama..sometimes tak tahu sumber mana)
Menyusu anak lebih 2 tahun
Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami
note: geram bila someone masih nak pertikaian ayat2 Allah..pastu berlagak lak tu..dia nenen susu mak, pandai sampai nak pHd..last2 aku mencarila siapakah orgnya..no wonder la..so jangan pkr hanya susu ibu je anak jadi baik sehingga nak nenenkan anak sampai umur lebih 2 tahun..aku pun nenen susu mak aku walaupun 1 thn 6 bulan tp masuk juga U..tp kalau setakat sampai pHd tp tuntutan Allah tak diikuti tak berjaya juga walaupun minum susu ibu lama2..wallahualam [ sesi lepas geram..hehehe..ni blog peribadi ya!]
panduan yg sangat berguna....tapi bab lepas geram tu yang best...hikhik..ada jugak yang pemikiran camtu...sy tak berkesempatan minum susu ibu pun tapi alhamdulilah...berjaya ke pengajian tinggi...huuhu..
ReplyDeletehehehe..haah mmg geram..sampai berdiskusi la dgn suami..cuak juga nak posting..tp itu la pendapat nurul bab had umur susukan ibu..yg penting apa yang alquran kata..itu diutamkan
ReplyDeletejangan sedih la dapat minum susu ibu...yang penting berjaya di dunia dan akhirat kan!!
ReplyDeleteade org mmg taksub lebih psl susu ibu nih. kdg2 mmg naik menyampah pon ade. huhuh..
ReplyDeletefor me selain susu ibu, benda2 lain kene amek kira jgk if nak anak tu berjaya dunia & akhirat. cth mcm pnddikan awal kanak2. itu pn penting jugak.
apa2pon salam kenal =)
salam kenal..pasni nurul follow blog sharlena..comel anak..
ReplyDeletehaah..dlm KIM mmg ramai taksub pasal susu ibu..susu formula buang jauh2..but for me selagi ada susu utk sofiya, bagi la..say no to formula milk, bukan bermakna susu formula tak bagus..cuma nak krgkan belanja kat susu formula..nnt dah 2 tahun, hajat nak bagi susu dutch lady 123 untuk perkembangan minda dan pembesaran dia...mmg btul bukan setakat susu ibu je kena bagi tp mendidik anak tu lagi penting terutama tentang ketuhanan..