Pages

Thursday, April 15, 2010

kegembiraan itu rahmat


entry ini ditulis sambil menunggu kepulangan suami tercinta..last kelas for this sem.alhamdulillah, my husband berjaya juga mengharungi sem ni..masih teringat di awal perkahwinan..mahu sahaja dia extend sem ni..tp aku tidak mahu pentingkan diri..maka aku nasihat jgn la tension sehingga nak extend sem..ni semua kerana tension melayan kerenah di awal kehamilan ku..

hari ni, bila balik dr keje, aku baring atas katil macam biasa..hari ni penat sgt2..masak pun apa yang termampu je..ni pun tetiba diserang selsema..mudah betul bakal ibu dijangkiti penyakit..bakal ibu ni agaknya antibodi tak kuat kot...suami ku terus teguk 'perut sayang dah naik', 'alamak malu la aku dgn perut yang bulat nanti'..tp maybe itu first impression ku...nanti bila baby dah gerak mesti seronok dgn keadaan ini..
kakiku terasa kebas..itu la aku lalui kalau aku bersimpul atas lantai...hari ini hari ke-2 aku ke dapur untuk masak untuk suamiku, ibu dan adik iparku..dalam terlarat pun aku usaha juga..maklum la lepas ni nak balik bercuti di rumah mak..suamiku di sini sbb dia still keje mencari nafkah untuk kami sekeluarga...ntah bila lagi aku dapat masak untuknya lagi..tp hati ni sayu untuk berpisah sementara dgn suami..oklah tak nak citer banyak pasal balik umah mak..air mataku mudah menitis...esok lepas solat jumaat bertolak balik ke dungun dgn VivA Luv...

sebenarnya aku seronok masak untuk suami sekeluarga..seronok ibu makan..walaupun masakan sungguh simple..niat ikhlas nak masak walaupun penat..aku kalau bleh tak nak ibu rasa terbeban dgn kehadiran aku di rumah ini..aku tidak boleh bergoyang kaki walaupun aku tahu ibu mampu buat itu semua...tp mmg aku kesian tgk ibu..balik penat..terus ke dapur masak..then kalau ada baju yang tak berlipat..tolong lipat la...mmg di awal kehamilan aku, aku tidak mampu untuk buat keje2 umah krn badanku yang cukup lemah..tp alhamdulillah..skrg kembali normal...aku pun seronok tgk suami makan masakan ku...alangkah gembiranya hati ini bila Allah still memberi peluang itu semua..

skrg aku sibuk tgk blog adik2 di uia..yang kahwin masa student..aku pun skrg student cuma bezanya aku amik master yang diorang still muda lagi, amik ijazah muda...kagum melihat mereka bercerita itu ini..pengalaman mereka sebagai student yang kahwin..komitmen pada keluarga dn pelajaran...semoga diaorg boleh dijadikan panduan dalam aku untuk membesarkan anak dalam kandunganku..moga anakku selamat lahir dan sihat sehingga dewasa menjadi anak yang soleh.cuak juga bila anak tak sempat hidup, mati dlm kandungan..mati kerana sakit dn sebagainya..apapun aku kena redha andainya ini terjadi pada diriku...

No comments:

Post a Comment