Pages

Thursday, October 1, 2009

kematian itu pasti

dukacita dimaklumkan sahabat mak, mak cik hasmah telah kembali ke rahmatullah..akhir penderitaan mak cik hasmah berakhir..mak cik hasmah kembali kpd penciptaNya 01/10/2009 jam 1 pagi bersamaan dengan 12 syawal 1430.
terkilan betul hati ini kerana tidak sempat untuk melawat mak cik hasmah ketika masih hidup..mudah-mudahan roh mak cik hasmah ditempatkan dikalangan para muttaqin dan org2 solihin..

sebenarnya saya tak berapa kenal mak cik hasmah..mak cik hasmah merupakan ibu kepada 6 org anak..anak yang bongsu masih kecil, umur 7 tahun lalu..seingat saya mak memberitahu mak cik hasmah disahkan kanser ketika itu saya masih menuntut di UIA..maybe dalam tahun 2005 atau 2006..tapi bila saya habis belajar, mak cik hasmah sudah sihat..setelah menjalani rawatan kimo dan radi...tetapi baru2 ni masa mpwn, mak cik yong memberitahu mak cik hasmah kanser tu merebak serang hati..masa tu 17 ramadhan..sungguh risau bila dapat berita tersebut kerana masa jupe mak cik hasmah ketika perkhemahan mak cik hasmah sihat...

sebenarnya saya pernah bekerja di bawah kelolaan mak cik hasmah...mak cik hasmah merupakan guru di smk geliga dan menjadi ahli lembaga pengelola sekolah al amin kemaman. pemergian mak cik sungguh terasa..semoga pak cik khairuddin dan anak-anak menghadapi ujian olehNya..sesungguhnya kehidupan ini satu kepastian..bagi yang masih hidup, kumpul la pahala kurangkan dosa.

al fatihah untuk mak cik hasmah

No comments:

Post a Comment