Pages

Sunday, September 13, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat
memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua
lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan
kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim
ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan
ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.


Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis


Rasullullah dalam Hadis :

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

No comments:

Post a Comment