Pages

Tuesday, August 18, 2009

my story

attention! today is tuesday.. no class today :-) pagi2 aku dah on pc kat ofis nie..kalau org lain tgk aku mesti bengang kot ye la ku conquer pc kat ofis.. skrg member2 dah tak ajak aku breakfast...huhuhu kenapa nak sedih?? aku sebenar nak call my jpa..tp malas..sambil2 tu aku bukan web..cari kad kahwin..actually cari peta untuk lakaran pelan umah si dia..memang la payah..nak suruh je diaorang yang akan ku tempah..bila tgk jentayu pun design pun ok gak..tak mahal..kalau kad hitam nampak lawa.. bila aku nak call jpa..nak tahu status aku nie..but i got something from web jpa..meh sini tgk aper yang aku jupe...

Pelantikan semula pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan 7. Seseorang pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya, setelah menimbang laporan daripada Ketua Jabatan tempat pegawai itu berkhidmat sebelum peletakan jawatannya mengenai sebab peletakan jawatannya.


meh sini tgk aper lagi yang aku perlu faham......

Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat
10. Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan
dalam skim perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang
dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu.

sambungan........

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat
17. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah
dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan yang hendaklah
menghantarkan permohonan itu kepada Suruhanjaya bersama dengan maklumat
perkhidmatan yang dikehendaki dan ulasan Ketua Jabatan sama ada Ketua
Jabatan itu menyokong atau tidak permohonan itu.

then ...........

Notis peletakan jawatan 51. (1) Tertakluk kepada peraturan 53, seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis— (a) bagi seseorang pegawai yang dilantik selain pelantikan tetap, mengikut syarat pelantikan pegawai itu, atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis; (b) bagi seseorang pegawai dalam percubaan, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis; dan (c) bagi seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatannya, sembilan puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.


Peletakan jawatan tidak perlu 54. Seseorang pegawai sesuatu perkhidmatan awam, sama ada bertaraf tetap atau sementara, yang dilantik ke dalam perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam tidak dikehendaki meletakkan jawatan, dengan syarat permohonan pegawai itu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan yang lain itu telah dikemukakan mengikut peraturan 17 dan disokong oleh Ketua Jabatannya.


so which one my situation??????letak jawatan atau tak??? masalah lepas i futher study baru i bleh masuk uitm bukan dapat keje uitm..kena study dulu..huhuhuhu...in bingung

No comments:

Post a Comment