Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, July 27, 2012

selamat menyambut ramadhan

assalamualaikum kawan-kawan2...

selamat menyambut ramadhan, rasanya masih belum terlambat kan! baru 7 ramadhan..macam mana dengan amalan-amalan puasa sahabat-sahabat semua?

al-quran macam mana? dah juzuk 7 ke?
qiammullail pulak macam mana? ada buat ke tak?
amalan sahur pula camner?
lagi apa yer? terawih?
hope semua ok la kan! makin hari makin ada peningkatan...jangan makin hari makin merundum sudah..


Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.

Wednesday, June 27, 2012

Sofiya 1 tahun 9 bulan

Salam..
lamanya tak cerita pasal anak yang sorang ni..
alamamak, rindu la sofiya nak baca apa yang ibu coletehkan..
masyaAllah..


sofiya, hari ni ibu nak cerita pasal kamu
ye la, mana la tahu kalau ibu tak lama dengan kamu, tak sempat nak sembang2 cerita perihal kamu masa kecil..
Nah, ini ibu coretkan sedikit kisah kamu
sekurang-kurangnya kamu tahu macam dirimu mana tika usia mudamu kan!


masa berlalu dengan cepat
sofiya sekrang sudah berusia setahun 9 bulan 2 minggu
terlalu banyak ibu nak cerita
ibu selalu rindukan kamu
bila ibu dok umah, tak nak ibu hantar kamu kat atok dn nenek
tapi apakan daya, kat umah mana ada adik Farisya dn Kak Wawa
Nanti kak syafiqah pun rindu sofiya kan
so hari-hari terpaksa la ibu hantar kat umah atok dan nenek
walaupun ibu tak pi uia...
ini semua kerana sofiya mahu kawan


sofiya makin hari makin cantik..
betul tak? uwan kan suka toncangkan 2 rambut sofiya
ibu pula tengok keadaan...bila rajin, baru ibu toncangkan 1 takpun 2
kadang2 sampai 3 toncang di kepalamu
tapi skrg rambut sofiya ada 'kutu'..jangkit dr anak-anak 
di rumah atok dan nenek..takpe ibu tak kisah..
lama-lama nnt hilang juga kan!!


sofiya dah pandai pakai kasut sendiri
asal cakap 'sofiya, cpt pakai kasut'..mesti sofiya dgn 
laju akan pi rak kasut..ambil kasut yang berkenan..
setakat ni sofiya ada 7 pasang kasut..3 kasut crocs (pemberian nek ijat), satu pemberian uwan, satu ayah beli (tp hilang masa pi penang ari tu) dan lagi 2 ibu beli gantikan yang hilang tu..beli satu,19.90, tapi beli kedua tambah 10 sen je...   
tapi semalam sofiya dah pandai pakai kasut pink walau terbalik..selama ni sofiya hanya pandai pakai kasut crocs je...
i'm happy wit you..nnt lagi laju la sofiya pakai kasut..
yang buat ayah geram dgn sofiya ialah, pantang nampak kasut, mesti nak pakai walau tak ke mana-mana..
sofiya, kita tak boleh pakai kasut dalam umah..oh oh ni perihal kasut dan sofiya


jom ibu citer pasal check up sofiya semalam kat KKIA, Pantai Dalam..
berat sofiya 8.4 kg dengan ketinggian 76 cm..sofiya ni rendah jika dibandingkan dgn adik Farishya, tapi takpe..sofiya budak pandai...kat klinik semalam, asyik dgr suara sofiya membebel je..asyik dok sebut 
'pacat, pacat'..agaknya  sofiya nak sebut cepat kot..ye la, sofiya kan mana bleh dok diam lama-lama..mst nak jalan, nak tawaf satu klinik tu..tapi nasib sofiya behave semalam..kurang berjalan ke hulur hilir... 


ibu paling suka dgr sofiya sebut nama 'opiyya'..kiut sgt2...dan sofiya pun suke sebut 'abis' dgn gayanya sekali..wow..mmg sweet kan tenok anak membesar depan mata..melayan kerenah sofiya apatah lagi..mmg syurga..ibu suke peluk2 dan cium sofiya..skrg banyak juga la word sofiya..paling tidak pun dia ajuk cakap ibu ayah, kadang-kadang kalau ibu panggil ayah dgn panggilan 'abg', dgn laju sofiya akan panggil ayahnya dgn perkataan abg juga..sofiya..sofiya...sungguh bagus perkembangan sofiya..makin hari makin ceria...


sofiya juga suka gosok gigi..sukanya ibu tak perlu berkejar2 dgn anak-anak nak minta digosokkan gigi...tips nak bagi anak suka gosok gigi ni satu je..perkenalkan berus gigi yan seusia dengannya dan ubat gigi kanak-kanak macam kodomo lion atau pureen..insyaAlla suka la si anak nak gosok gigi...


kalau bangun pagi, jarang sofiya buat hal..alhamdulillah..pagi tadi pun sofiya bangun, ibu sebut hai..sofiya pun hai juga..apa la ibu ni, lain kali mulakan dgn assalamualaikum diikuti doa bangun tido..itu kan lagi bagus...okey..okey nnt ibu cuba amalkan yer sofiya....

sofiya, ibu sentiasa doakan kamu sentiasa sihat, supaya nnt senang kamu kenal penciptaMu, ALLAH..ibu juga doa semoga Allah mudahkan ibu dalam mentarbiyyahkan kamu..sofiya, doakan ibu mampu hantar kamu ke sekolah Islam..yang mampu mendidik dirimu seperti ciksu Kamilah dan CikJang Syifa'...

sofiya, tiada apa yang ibu mahukan darimu selain doakan ibu sentiasa, bila ibu mati nnt, doakan kubur bercahaya, lapang yer...ibu mahukan itu semua dari anak-anak ibu yang soleh dan solehah...

sofiya, ingatlah dalam dunia ni pegangan kita hanya Al-Quran dan Al-Sunnah..Jadi lah anak yang solehah yer..ingatlah dalam mengejar kehidupan di dunia, yang kekal adalah akhirat sana..ibu mahu kita satu family akan berada dalam syurga Allah bersama ibu ayah, tok, tokki, uwan, arwah atuk..uncle, pak cik, aunty, mak cik dan semua org Islam lain....

p/s: gmbr sofiya latest ada dlm hp ibu..so could not upload la...


Tuesday, June 26, 2012

Rindu...



Salam Selasa sahabatku semua...
Jom muhasabah diri...
pertama kali, rindu sgt nak lakukan ni semua..
rindu...rindu...rindu

sahabat semua...rindu tak dengan 11 perkara di atas?
makan dalam talam??
ya, saya pernah makan dalam talam especially makan sama mak...
makan sarapan dalam talam...makan masa mukhayyam..
rindunyer...

iktikaf dalam masjid?
oh..masa mengandungkan sofiya..
mmg lepak kat masjid uia...
sambil iktikaf walaupun hanya baring..

baca mathurat??
syukur, kembali amalkan sekian lama stop
huhuhu...Allah masih membuka pintu hati
nak baca mathurat walau sekali sehari..

tamrim + mukhayyam???
ohh..dah lama takde ni..
sejak kahwin..alamamak? takkan kahwin pula dijadikan alasan..
malu la..
masa muda-muda dulu mmg selalu join
tamrin dengan mukhayyam...
so alasan kahwin bukan sbb tak leh join mukhayyam mahupun tamrin
rindu lagi....

thanks dengan picture kat atas..
at least boleh muhasabah diri...
kat mana kita..
sejauh mana kita kejar syurga Allah
ini tidak..asyik kejar dunia je
bukan tak leh kejar dunia
tapi balance la kan...
baru la bahagia..
bahagia di dunia, bahagia di akhirat..
INGAT, akhirat kekal,
dunia ni sementara..
tapi kat dunia ni la penentu kebahagiaan kita kat kehidupan sana..
kat dunia ni la kena buat baik dengan semua org, makhluk Allah yang lain
even yang haiwan dan tumbuhan...dan juga semua benda di sekeliling kita...

JOM KAWAN-KAWAN kumpul PAHALA..buang atau kurangkan buat DOSA...


Wednesday, June 20, 2012

Hati ini merintih


SMILE :-)
senyum tu kan sedekah
JOM SMILE

yes! saya pun ada buku SMILE
tulisan irma hasmie
baru baca sikit2..

nak jadi cemerlang di sisi Allah???
maka kena cemerlang
dengan membaca buku-buku ilmiah

kadang-kadang kita terlalu
sibuk mengejar kehidupan dunia
kita alpa
meluangkan masa untuk Allah

kita tahu hidup hanya sementara
tapi kita 
MALAS nak mengejar pahala
kita TAKUT nak buat sesuatu
yang tak pernah kita buat

pernah tak kita muhasabah semula 
kehidupan kita sejak kita lahir

kita sayang diri kita
tapi kita jarang-jarang melengkapkan
diri
dengan apa yang disuruh Allah
kita sentiasa alpa dan lalai
sehingga kita rasa dosa kecil
nothing
tak rasa bersalah

argh, kenapa dengan hati ini?
Ya, hati ini mahu masuk syurga Allah..
Ya Allah, jadikan hati-hati ini 
dekat padaMu
jadikan hati-hati ini rajin
untuk QIAMMULAIL
jadikan hati-hati ini
rajin PUASA SUNAT
jadikan hati-hati ini
rajin berbuat baik sesama jiran
dan 
makhluk ALLAH yang lain

dan jauhkan hamba ini dari hidup yang sia-sia