Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, September 30, 2011

cantik tak??

Salam Jumaat 2 Zulkaedah 

katalog-barudownload.jpg (1120×680)

cantik tak? kreatif kan org2 indonesia ni.. teringin nak beli untuk sofiya, tapi sofiya dah ada 2 helai tudung, tapi takde la corak camni..apa kata yang 2 helai tu aku jual tak pun bagi je sape nak, so aku replace dengan yang kat atas ni, baru la tak membazir..budak seusia sofiya ni tak perlu tudung banyak..sehelai-2 sudah, ye la kecik2 la nak train tutup aurat..kalau dah besar..mak aih....susah tu..sbb tu org tua cakap, nak melentur buluh biarlah dr rebungnya...


kadang2 kalau ckp pasal aurat ni, teringat la jiran2 kawasan flat aku, anak-anak ke sekolah tak pakai tudung, ye la walaupun belum baligh, tapi masa ni la didik, takkan dah baligh baru force dia pakai tudung..sedih kan bila kita kurang peka terhadap pendidikan anak-anak. anak-anak ni terdidik akhlak bermula dr rumah..bukan kat sekolah..opss tazkirah pulak..


semalam tengok episod pencarian ustzah pilihan..hati ni sedih bangat, sbb yang terpilih tu mmg cantik2 dan berpendidikan tinggi..mmg betul, niat mereka masuk tu nak belajar dan amalkan, tapi tak kena cara, rasa simpati pada mereka..tapi takpe la, masih belum start program ustazah pilihan tu..so kena tunggu, tengok konsep dia macam mana...


okey la, kalau berminat bleh la order dgn mama damia ada macam2 size. harganya pun bermula 25 ringgit



Anggaran saiz:
S       : 4 bulan - 2tahun
M      : 3 - 4 tahun
L       : 5-7 tahun
XL    : 7-9 tahun
XXL : 10-12 tahun

so terjah la ke sana yer kawan2...

p/s: mencari yang fardu adalah wajib..jangan kerana ikutkan budaya barat, semua benda nak ada, macam pencari ustazah pilihan..sebijik macam American Idol....

sebaik-baik perempuan ialah mempunyai sifat al-Haya (Pemalu). nak jadi pendakwah boleh, tapi kena ada caranya...sbb tu kena rajin kisah kehidupan Rasulullah saw.

Thursday, September 29, 2011

I'm Craving with them

Salam 1 Zulkaedah













pagi2 masuk lab, terus update blog dgn picture pavlova, red valvet, macarons....huhuhu..semua tu tak pernah makan lagi...:-(..ntah bila bleh makan kan!

hari ni mula ekspedisi ku menggantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan ramadhan lepas..dan alhamdulillah puasa 6 syawal berjaya diselesaikan walaupun last2 syawal baru abis..sejak ada anak ni, wah! macam dah lama lak jadi ibu ni, padahal last year baru dpt title ibu pun..tahun lepas confirm tak leh puasa 6 sebab dalam pantang..so tahun ni berjaya gak walaupun 29 syawal tu mmg ngam abis puasa 6..nak buat awal, beraya di terengganu..pastu dengan menyusukan sofiya, so tak leh pentingkan diri sendiri juga, kena fikirkan anak...sbb itu puasa 6 selang seli...ni harap puasa ganti bleh la dilaksanakan dengan secepat mungkin..tp itu semua izin Allah.

mutiara kata hari ni, " short term pain but long term gain"...bersakit2 la dahulu bersenang kemudian..semoga apa yang dihajati hari ni tercapai..ameen...

Wednesday, September 28, 2011

merapu meraban edisi wednesday



cantikkan design kat atas? mmg cantik...aku tengok bosan, takde benda nak 'google'..maka deco rumah la menjadi perhati aku..ish..ish..selagi rumah mini kat pantai dalam, tak seimpi impianku, maka itu la ku akan 'google' sehingga aku puas..idea yang dpt tu mmg banyak, cuma kos nya tidak ada atau masih tidak mencukupi...ok la stop la pasal deco umah ni...ada rezeki, boleh la beli umah sendiri..target umur 35 dah ada umah sendiri...sekarang nak enjoy dulu dgn duit yang ada..lagipun mak pun umur 40 baru bleh wat umah sendiri even dah lama ada tanah sendiri.

bila kita tengok umah cantik, maka damai la hati kita..senyum sana senyum sini. cuba kalau umah tu bersepah, dgn baju yang diangkat tak berlipat, pinggan mangkuk masih dalam sinki tak berbasuh, maka kusut la hati, masam la wajah..betul tak? maka hendak mood ceria setiap hari, perlu la pandai mengurus masa dengan bijak.

setiap hari kita mmg disajikan 24 hours per day..sama dengan org lain. tapi kenapa kita gagal dalam mengurus rumah sedangkan org lain boleh lakukan aktiviti lain? mungkin ada yang bagi jawapan, mereka ada pembantu aka bibik..ya! itu kepastian..kalau rumah kemas, sbb mereka tiada anak kecil, pinggan mangkuk berbasuh sebab mereka ada anak dara yang boleh diharapkan...tapi sebenarnya kalau pengurusan kita bagus..kita akan berjaya melalui..kita akan digelar SUPERMAK!..mak serba serbi...

dalam mencari keredhaan Allah, kita kena pandai bahagi masa. lagipun kita kena faham yang kita dijadikan Allah adalah untuk menjadi khalifahNya..bukan dicipta saja2 tanpa tujuan..maka bertujuan lah Allah jadikan syurga dan neraka sebagai ganjaran..maka dalam mengejar kehidupan dan kemewahan dunia, jangan kita abaikan konsep kita sebagai muslim..kerana tugas kita as muslim adalah khalifah, dan juga dae'..

melihat kehidupan dan sirah Rasulullah saw, mmg kerja dakwah adalah tugas utamanya, maka jika kita sayang Rasulullah, maka haruslah kita melaksanakan segala sunnahnya...kerja dakwah ini, bukan senang, amat2 mencabar..boleh dilihat bagaimana dugaan Nabi Muhammad dalam menyampaikan Islam especially di kota kelahiran baginda, bagaimana nabi berdakwah secara sulit selama 3 tahun, kemudian terang-terangan sehingga la baginda berhijrah ke Madinah..

maka dalam meniti kehidupan ini, haruslah kita muhasabah diri, apa yang kita kejar sekarang, dunia atau akhirat? walaupun kita mencari kehidupan yang selesa di akhirat sana tp jangan abai pula kehidupan dunia..maksudnya hidup ala kadar, org pakai kereta, kita tak pakai kereta..

sebagai kesimpulan, kita selalu mengimpikan macam2 kat dunia, sebab itu akan berusaha untuk dapatkan, tapi kita juga mengimpikan syurga di akhirat kelak tapi pahalanya ntah macam mana..kerana di akhirat sana timbangan menjadi ukuran sama ada di syurga mahupun di neraka..nauzubillah...

akhir kata, bekerja la anda untuk 1000 tahun akan datang, dan beribadat la anda seolah2 akan mati esok hari..wallahualam

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan?

Salam Selasa

Sambil2 wat research, sambil2 tulis blog..tetiba masa sibuk ber'fb', ternampak satu gambar..then terus google pasal benda tu...jom saksikan dulu..baru anda fikirkan apa yang akan aku kupaskan nanti...


apa korg tengok? so mana satu ustazah pilihan anda? adakah wajar negara kita yang dikatakan Islam menganjurkan program realiti seperti ini? 


secara umumnya, Ustazah pilihan ini merupakan program realiti yang dianjurkan oleh pihak astro sana..tujuannya apa? tak lain tak bukan mahu menonjol kehebatan wanita setanding dengan lelaki..maklum la lelaki ada citer Imam Muda..so perempuan tak leh kalah..so kena la ada citer khas untuk wanita...tapi sapa la mahu menggelarkan diri dia ustazah kan! kalau dulu, bila sebut ustazah, apa korang fikir? mst pakai tudung labuh dan banyak ilmu agama kan!

bagi aku, program ini sama sekali aku tidak setuju, sbb menjatuhkan maruah seorg wanita..sama juga dulu citer gadis melayu tu..opss paling aku tak suke...mendekriminasi kaum wanita, mentang2 la perempuan ni lemah...

di sini aku copy beberapa pandangan yang boleh diterima akal kenapa program ini tidak wajar diadakan..
pertamanya ialah  seorg muslimah telah dikurniajan sifat Al-Haya (pemalu) dan yang paling utama kaum hawa merupakan fitnah terbesar dalam kehidupan di dunia ini.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Keduanya adalah disebabkan oleh perhiasan. Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. (wajah, bentuk badan, dan kadang2 kerana ciri ‘solehah’ yang ditonjolkan! )

Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : “Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita….”.

Dalam konteks ini, walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’ pastinya segala aurat sudah ditutup bahkan mungkin lebih baik daripada itu. Namunsebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan hati-hati kaum laki-laki hatta para Ustaz, sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.

yang ketiga pula ialah cukuplah kalian menjadi Muslimah di hadapan mata suami / bakal anda sendiri. Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang sangat cantik di dunia. Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu mengundang syahwat dan nafsu. Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.

yang ke-4, muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.

Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?

yang ke-5, asalnya bila dilihat rancangan ini memang sangat bagus. Tapi apabila, television ini kita tidak dapat mengawalnya.. kerana yang laki2 juga tengok. Maka kaedahnya menjadi tidak sesuai. Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan. Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…
dan bagi  penganjur rancangan ini, anda harus siap untuk ditanya kelak oleh Allah taala, dengan apa yang telah anda lakukan. Anda mengundangan kepada maksiat dan fitnah. Sedangkan pada zaman Rasulullah saw, baginda sangat menjaga kemulian seorang muslimah itu. Sangat menjaga fitnah antara laki2 dan perempuan. Bahkan dahulu setelah selasai solat jemaah di masjid, para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu.. beredar pergi meninggalkan masjid. Kemudian baru diikuti dengan yang laki2…


Dosa yang anda akan tanggung adalah sebanyak mana, dan bahkan lagi berlipat2 kali ganda.. Anda akan menanggung kesemua dosa2 maksiat dan fitnah yang terjadi dalam program ini.. ‘ Ustazah Pilihan! ‘
akhir kata,
Sebenarnya, seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin. mereka hanya perlu menjaga 2perkara :
Yang pertama : Melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Yang kedua : Menjaga suaminya.
Tidak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, membuat kesukaran kepada diri sendiri untuk masuk syurga. Cukuplah bagi kaum hawa untuk duduk di rumah, menjaga anak2 dan suami. Itu sudah sangat memadai!
Wallahaulam.