Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, May 19, 2011

convocation's day

acara perbarisan bermula

dah lama tak tulis entry..actually seminggu aku balik dungun..maklum la 3 bulan tak balik..sure kena qadak apa yang patut..tp cuti selama 6 hari di dungun..tidak cukup..huhuhu..okey entry kali ni aku nak citer aku pi konvo adik ipar aku a.k.a syaquif...actually convo's day berlaku last thursday..dan my sil merupakan sidang pertama dn juga merupakan batch pertama menggunakan dewan baru yang diberi nama dewan tuanku canselor...

dan ini juga merupakan convocation's day yang ke-2 bagi sofiya..dulu sofiya pi vonvo uncle dia..pak lang a.k.a adik aku ..amin namanya..adik ipar aku telah berjaya menamatkan master dia dlm gastronomy (ala..tak silap aku..pasal makanan kot..maklum la my sil tu under faculty perhotelan)...tahniah to my sil yang berjaya dlm master..lepas ni nak sambung pHd lak..akak doakan kejayaan kamu..

memandangkan ni 1st time guna dewan baru yang mampu menampung 5ribu tetamu, maka pada hari itu berlangsung la majlis perasmian dewan tuanku canselor oleh DYMM Sultan Mizan..namun ada beberapa kekecewaan yang aku mahu catatkan di sini..maklum la 1st time convo kat bangunan baru..tak best la kalau perfect..sure ada yang tak kena..betul tak??

1st masalah berlaku ialah dewan ni tak mesra OKU..means kalau org kelainan upaya macam mana mahu guna dewan ni..kami yang bawa stoller terpaksa la jalan jauh maklum la..semua tangga..nk guna lift tak dibenarkan..sepatutnya pihak uitm perlu prihatin terhadap masalah org kelainan upaya ni...

masalah kedua, kami tidak dibenarkan masuk dewan..alasannya ialah kami bawa ank kecik..sape lagi kalau bukan sofiya..aku tak kisah tak leh masuk dewan tapi sedia lah tempat yang ada screen..ni tak..screen takde..macam mana kami mahu tengok..mmg sia2 la dtg convo's day hari tu..last2 aku lepak je ngan sofiya dlm surau..nasib ada satu kakak dgn mak cik..semua tu ada budak2...mmg hampeh kan pengurusan uitm shah alam...

my hubby pun tak leh maduk..alasan sbb pakai jeans..sdgkan 2 lagi my sils pakai jeans..boleh je masuk..mmg kerek la uitm ni..kalau pakaian tu menutup aurat..kenape tak benarkan kami masuk???kenape???kalau perempuan jage kat pintu..mmg ada je reason takleh masuk..bagus sgt la tak kasi org yang pakai menutup aurat tu masuk dewan??? lagipun dewan tu masih kosong..mmg pengurusan uitm hancur..

maklum masa 1st aku tanya boleh ke masuk..dia ckp pi hujung sana..mean pi belah kanan..bla jupe satu adik tu..dia tak ckp apa2..tak halaang aku naik pun..tp bila sampai pintu, kami dilarang masuk..tapi aku tengok..bukan full dewan tu..rasa give up je...macam nak terus blah..tp cik husband still nak tunggu..maklum la tu kan adik dia..

terus terang aku lagi suke istiadat konvo kat dewan lama..redup dan tak panas..yang baru ni kan baru..maka padang la jadinya..mmg panas terik..kipas  yang ada pun tak leh tampung kepanasan zaman sekarang..okla..tak nak citer banyak2..yang aku nak bagitahu pengurusan uitm shah alam perlu tingkatkan dlm pengurusan hari konvo ni supaya berjalan lancar..pastikan ada screen..tempat yang teduh dan tak panas..



 perarakan letak nama dewan tuanku canselor

 sofiya di 'red carpet' - syok tu...

 adik beradik suamiku
sofiya n her uncle..

Wednesday, May 18, 2011

masih di dungun

lamanya tak dpt nak upload citer2 di blog kesayangan ni..
nak tulis status kat fb pun tak bleh
sbb satunya masalah besar..iaitu bertapa perlahannya CELCOM broadband
di dungun ini..
kepada warga keje CELCOM sila kemas kini perkhdmatan anda...

sekarang masih berada di rumah mak ayah
InsyaAllah mahu berangkat pulang dlm tengah hari gitu
cuti yang sangat bermakna
banyak aktiviti yang kami lakukan...
sampai tak cukup masa nak ronda2 bandar dungun
banyak perubahan...
ni pun sekdar update skit je..

dah sampai umah baru bleh update banyak2...
nak blogwalking pun tak sonok bila internet lembap..huhuhu

Wednesday, May 11, 2011

ragam si anak

 aksi gymnastic
 senyuman tanpa gigi lagi
 percubaan duduk - ibu sedang memerhati..risau2 jatuh
 penat la, asyik2 ambil gambar sofiya je
 walker untuk sofiya
 sofiya chumel la :-)
bila tak berbaju..'tough' tak body saya???

mimpi

pagi ni just nak share citer mimpi malam tadi..
maklum la mimpi ni asyik berulang je....
aku mimpi tsunami melanda lagi....
dah banyak kali aku mimpi tsunami 
dan tiap kali mimpi tu sure aku selamat tau..


citer mimpi malam tadi
aku dgn mak aku mahu pi pasar
tempatnya kat negara org, mana lagi jepun la
jalan nak pi pasar tu mmg sebelah tu laut
tetiba aku pandang ada ombak besar...
apa lagi laju la mak aku reverse keter
tgk2 kat belakang ombak besar juga..maka aku n mak di tengah2
so mak aku amik keputusan pusing masuk lorong kat tengah2
paking keter, terus menyelamatkan diri
masuk umah sape ntah..tapi yang penting umah kayu
masa dok dlm umar tu, mmg gegar la..
maklum la air laut tu bergegar mahu menolak umah tu
tp akhirnya umah yang aku ngan mak aku duduk tu
tetap ditolak air laut tu
tapi nasib ada bangunan yang sungguh kebal, maka umah tu tak hanyut jauh2
tersdai di sebelah bangunan batu tu
apabila dah tsunami surut, maka aku dn emak kuar dr rumah
cari2 keter yang di parking tadi
tengok2 keter takde
yang jupe kertas..ingat keter kami tu dah jadi kertas
tak puas hati..cari lagi..rupanyer keter aku terbalik
mmg kemek la skit...
sbb kami mahu pulang ke pangkuan keluarga kami...
tadaa..lepas tu aku terjaga dari mimpi stelah sofiya membunyikan sedikit suara mahu nenen

dulu pun aku mimpi tsunami juga
hbtnya aku ialah sbb aku dpt selamatkan diri 
walaupun ombak tu mmg besar
bila diingat mimpi tu lagi
mmg gerun

tp tiap kali bangun tdo mst aku tertanya
kenapa aku sentiasa mimpi camtu
dah la dlm mimpi tu aku berjaya selamatkan diri
macam mana kalau in reality
berjaya kah diri ini menyelamatkan diri dr malapetaka seperti itu???

masa negara jepun mengalami tsunami baru2 ini
terpegun sekejap dengan kejadian itu
Allah itu Maha Besar
Allah mampu buat apa sahaja
cuba bayangkan kejadian tsunami dengan kejadian 
hari kiamat yang Allah janjikan, di mana kalau ibu mengandung pun akan keguguran
tak dapat nak bayangkan kejadian hari kiamat dengan mata kasar
kalau tengok tsunami tu rasa dah cuak
apatah lagi dengan hari kiamat itu nanti
mmg takut nak jupe Allah
dan malu juga mahu jupe dgn Allah
sbb tak tak tahu adakah selama ini, setiap amalan yang dikumpul itu 
layak membawa diri ini masuk ke syurga Allah yang penuh dgn nikmatnya
tapi tak sanggup pula nak masuk neraka Allah yang sangat dasyat..

bila2 fikir balik, banyak kan peringatan yang Allah bagi
supaya kita kembali kepadaNya
melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarangnNya
dengan kejadian banjir besar, dengan cuaca panas yang amat sangat, dengan gempa bumi, 
macam2 la..itu semua menunjukkan Allah itu berkuasa melakukan apa sahaja
tapi kita sebagai manusia selalu lalai
bila terjadi sesuatu, masa tu baru je sedar
kemudian kembali alpa
semoga hati ini sentiasa dilindungi Allah drpd anasir2 syaitan yang sentiasa menggoda umat nabi muhammad supaya berada di luar landasan Islam.