Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, March 21, 2010

sekadar penulisan

hari ini, sebelum masuk maghrib..rutinku membuka komputer..
tettiba terlintas untuk diriku ini untuk membuka blog ku...

sudah lama tidak aku menulis di dalam blogku..cuba untuk update tp apakan daya..
aku lebih berminat untuk membaca blog2 anak-anak didikku dari menaip blog..
sudah 2minggu result spm kuar...

alhamdulillah...ku bangga dengan studentku..bangga dapat a yang banyak tetapi bangga dengan akhlaknya...cukup ditarbiyahkan...

aku?sejak pregnant..amalku kurang agaknya..yang maintain hanya la mengaji..
dulu masa aku amik degree, amalan puasa sunat pada hari aku menunaikan nak amik exam diamalkan..tp tak tahu la bleh tak aku amalkan untuk master ini..

final aku dah tak lama lagi..minggu depan..that's mean hari rabu..tp apakan daya..kesihatan yang tak berapa memuaskan membuatkan aku sungguh tidak bersemangat untuk mentelaah membaca buku..

sebenarnya, kawan ku nazrah telah selamat diijabkabul..aku sungguh teruja dengan majlisnya yang simple....semoga majlisnya diberkati Allah dan mempunyai zuriat yang ramai yang akan menegakkan syariat di bumi Islam khususnya Malaysia.

Friday, February 26, 2010

mahu balik umah

sudah lama aku tidak menulis di blog comel ku ini..sambil menulis, aku dgr lagu ' lafaz yang tersimpan' - lagu yang penting dalam slot KBM..rindu aku dengan kehidupan aku yang dahulu..kenapa cepatnya Allah tarik nikmat itu? aku tidak bosan dgr lagu tu..terasa tenang jiwa ini...

bila tgk tajuk, hampir 2 bulan umah...rindu sgt2..kadang2 aku mimpikan aku adik2 ku kerana terlalu rindukan mereka..begitu juga mimpi mak ayah..bila aku dapat pulang ke sana? kenapa sejak aku dikahwinkan..aku rasa banyak yang aku hilang...ya Allah, sayang kah Kau lagi pada diri ini..

aku nak sgt duduk rumah sendiri..tanpa diperhatikan oleh sesiapa..aku tak tahu bila aku dapat kecapi tu semua...kenapa aku tak macam pasangan lain? lepas akad nikah je..terus bine kehidupan dengan suami tercinta berdua..tp aku sudah 3 bulan...seronok ke duduk dengan mertua dan adik2 ipar yang semua lelaki???itu biar la jawapan dalam hatiku saja..

aku akan berusaha cari rumah sendiri, aku tak harap bantuan dia lagi..aku perlu independent...ya Allah, bantu la aku keluar dari dunia yang serabut ini...

Wednesday, January 20, 2010

mencari ketenangan

agak lama aku tidak menulis..maybe terlalu banyak perkara yang bermain di kepala ku ini..
sebenarnya aku perlukan ketenangan..Ya Allah, berikan aku ketenangan di dalam mencari rahmatMu..

sebenarnya hampir 2 months aku bergelar isteri kepada lelaki..tp syg, aku terlalu ghairah untuk mendapat cintainya sehingga aku sentiasa di'ignore'kan...apakah kerana perempuan ini terlalu lemah sehingga dia perlu mengalah dalam semua hal?

aku takkan lupa dia cakap..'jgn kerana mengandung, bleh buat apa jer'
peribahasa pun ada ckp..kerana mulut badan binasa..
okey mungkin aku terlalu berkasar dengan dia..
tp aku dah minta maaf....

aku tidak mahu menulis penulisan ku lagi..biar la ia hanya di ingatan ku..semoga Allah membantu ku ini

Tuesday, January 5, 2010

Tahun Baru 2009

belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2009 dan juga tahun baru maal hijrah 1431.

aku diuji lagi..my pendrive kena virus..abis nota daripada my lecturer dimakan oleh worm..so what should i do??

jawabnya tdo..hahahahahahaha...so i want to slept...