Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, November 1, 2013

Selamat Kembali ke Blog

Assalamualaikum.

Akhirnya bulan 11..lagi 5 days my Mu'adz will be four months old.. Yes. I'm a mom with two child..a son and a daughter..really love both of them.

Sorry la, lama tak update kisah-kisah menarik yang boleh dishare together..kalau nak writing down mmg banyak..citer bersalinkan mu'adz, citer dengan kawan2 IKRAM PJ..tapi kami sekeluarga diuji.
Ujian ni lebih kepada adik saya, Sakinah.. Allah syg kami, tapi Allah lagi sayangkan adik saya, Sakinah.

After 13 berhari raya lepas, my adik Sakinah disahkan ada leukimia..yes! It's a cancer. Blood cancer. Oh..terkejut yang amat..tak diduga batu yang amat berat telah ditimpakan di atas kepala kami.. Jom saya sharekan bagaimana adik saya sakit.

Actually, adik saya tu adalah message through wassap masa bulan puasa tempoh hari, selalu cakap dia penat sgt2 time pose hari tu, nak buka puasa boleh?.. Ingatkan penat sbb breastfeed aleesya..
Adik saya ni dah kahwin and ada sorg anak..Alhamdulillah dah setahun pada 22 Oct yang lalu..tapi masa diagnose leukimia, Aleesya baru 10 bulan..huhu..
Allah tahu kami kuat, maka Allah uji kami..

Then masa balik raya..mmg dia penat lg..tapi nak dijadikan cerita, lepas raya lagi teruk..muka pucat sgt2...mmg tak larat..klinik dah pergi..Hb mmg drop la..8 je..kita yang mengandung kalau Hb rendah mesti kena marah oleh nurse kan! So masih tak baik lagi, she and her husband decide nak jupe doctor kat Azzahrah, tempat Aleesya lahir..so masa kat sana, check2 Hb turun lagi..jadi 5...so doc kat sana buat surat , maka refer kat Putrajaya..sampai kat Putrajaya doc diagnose denggi pada mulanya..tapi ntah camne doc bgtahu kanser darah..

1st terima berita kanser darah..tertanya2 juga kanser darah, ada ke? Laa..rupanya leukimia..huhuhu..sedih, takleh nak bayangkan masa tu...masa tu masih kat umah mak...dalam patang lagi tapi dah nak abis..terbayangkan anak dia bila she kena warded..adik saya tu tak keje..so aleesya mmg 24hours dengan mama dia kan..breastfeed..tak minum susu lain..botol pun tak minum...mmg nak nangis bila teringat peristiwa tu...

memandangkan Hospital Ampang ada pakar darah, so pindah kat sana..almost 2 months adik saya di sana..dpt balik seminggu je..then masuk balik..for now, hospital ni macam umah pertama..berat mata memandang, berat bahu yang memikul kan! kesian pada suaminya..kerja macam dah tak menentu..rumah kat puchong..suami dia mmg stay kat hospital la...suami keje kat cyberjaya...anaknya mak cik dia yang bujang jaga, di rembau sana...tp minggu balik puchong...my mom pulak takleh nak jaga sangat, sbb ayah pun kurang sihat..so my mom perlu tengok2kan ayah..so sebulan sekali tu adalah datang KL...

setakat ni dah 2 kali dah kimo..maybe terlalu cepat adik saya terus buat kimo..sbb sel darah putih tinggi sgt..500 lebih..normal dalam 10 camtu la..cuma sometimes, saya selalu tanya, kenapa adik saya yang kena? kenapa keluarga kami yang kena? Allah takkan menguji hambaNya yang tak mampu..nak masuk syurga pun ada ujian kan..

so now, kekuatan dan kesabaran perlu..org sakit ni sensitif, kena jaga hati dia..I love her so much...semoga Allah kembalikan kesihatan yang baik untuk Nurul Sakinah Mohd Noor. Kembali Sakinah yang dulu ke pangkuan suami dan anaknya..mereka perlukan adik saya..begitu juga my family..bila adik saya sakit..semua macam berubah..tapi Allah sygkan kami...



adik ku Sakinah with Aleesya




Monday, July 22, 2013

Kelahiran Putera Kami: Muhammad Mu'adz Yasin

Alhamdulillah..syukur pada yang Esa..akhirnya saya dapat menulis kembali..Selamat Menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam..Hari ini dah 13 Ramadhan..

Dan bersyukur juga atas kelahiran putera pertama kami, yang merupakan anak ke-2 kami dan adik kepada kakak Sofiya Yasmin..Kelahiran yang ditunggu2...sbb baby ni seorg yang dengar kata..dia keluar setelah 40 weeks 3 days dalam perut ibunya...

Sudah pasti saya ingin coretkan kronologi kelahiran putera kami..semoga one day, Mu'adz akan baca coretan ibu yer..

Apa yang menariknya, saya selalu bercakap dengan Mu'adz supaya keluar after semua kerja ibu settle..maklum la, budak2 dah mula nak exam kan..so everthing kena finish...especially yang berkaitan hal2 marking dan seangkatannya...alhamdulillah settle..cuma key in in system je tak dpt...sbb system tak buka lagi..lagipun system tu pun intranet..surelah tak leh buka di luar kawasan..

actually, start cuti 1st July (ni cuti tahunan)..takpe cuti tanpa rekod, ada 4 hari..hehehe..then maternity leave start 2 July (due date)...tapi bila lepas tarikh 2hb ni, takde tanda2 baby nak kuar dah mula cuak ..huhuhu..risau la..sbb masa Sofiya minggu ke-38 dah bersalin...
so ada masa tu la, maka boleh la settle key in mark budak2..tanda paper...tanda fyp...tp tak settle juga especially yang berkaitan fyp dan key in dalam sistem...

So nak dijadikan cerita, pada Khamis tu, 4hb tu, sy dibawa oleh suami ke pejabat peguam untuk settle urusan pembelian rumah yang saya duduki skrg...balik2 tu ada lendir coklat..dah mula cuak..adakah sudah tandanya..tapi sakit belum lagi..mula fikir kena solat atau tak perlu..dgn takut2 bagitahu suami..tapi suami buat tak kisah sgt sbb si isteri pun tak kisah..ye la tak de sakit..so cool la dulu..walaupun bukan setakat tu je lendir coklat..asal pi tandas, mst lendir coklat..

so hari Jumaat tu rehat je la..tp lendir coklat tu dah tukar putih..so hari Jumaat tu suami tak kerja..dok umah..opss masa ni dah berkampung di rumah mak mertua kat klang..dah hampir seminggu..Sofiya pun saya yang jaga walaupun keadaan sarat...melayan kerenah sofiya ada kalanya mmg penat...maka hari tu, suami yang masak..masak sayur je..kubis goreng dgn telur  mata kerbau..iyer. I like telur mata kerbau rather telur dadar...

dipendekkan cerita, dalam 7 ptg camtu, saya mula rasa sakit..tapi buat tak kisah pun lagi..masa nak mandi, saya ternampak seseorg kat sofa dpn tv, ingatkan suami..rupa2 mak mertua..dia tanya sy sakit ke tak..tapi biasa la saya, terus bagitahu, tak sakit pun..huhuhu..padahal dah mula sakit2 skit..tapi jenis tak nak menyusahkan org...

so dah mandi, nak solat maghrib, saya bagitahu husband, sakit la..mmg sakit kejap..dlm 5 minit camtu..pastu sakit lagi..tapi bila ingat masa lahirkan Sofiya dulu, sejam sekali sakit..ingatkan sama la kan..ingat braxton hicks..tp bila asyik sakit..terus suami minta pi hospital..tp sy berkeras tak nak pi lagi..then saya ckp la..lepas isyak baru pergi..saya bleh tahan...then kami solat isyak bersama2..pastu makan dulu...

Dalam kul 9 lbh baru bertolak ke HTAR..iyer tempat yang sama dengan Sofiya..ramai yang tak nak lahirkan anak kat sini..ye la, ramai yang blacklisted HTAR ni dengan sbb beberapa kes..tapi saya tawakal je..apa yang jadi tu kan semua kehendak Allah..

Tak perlu nak cerita secara detail kelahiran Mu'adz kan, kerana setiap wanita yang dianugerahkan nikmat mengandung mesti akan laluinya. Ada yang dipermudahkan, ada yang mengalami beberapa masalah. Itu semua ujian yang Allah.

Dan dipendekkan cerita, akhirnya Mu'adz dilahirkan awal pagi 1.38 pada Hari Sabtu. Alhamdulillah, lahirlah putera comel itu. Semoga Mu'adz akan jadi sehebat Mu'adz bin Jabal. Seorg sahabat Nabi Muhammad saw yang gah dan berani dalam mempertahankan Islam.


Friday, June 7, 2013

Lamanya tak update

Assalamualaikum

Aduhai, lama betul tak post something kat blog ni yer...skrg nak buat satu lagi blog..tapi tu bukan personal blog, tapi blog tentang ilmu, means tentang dunia saya sekarang, being a lecturer..

Yes, tugas lecturer kan 3, asas adalah mengajar, followed by research and community service.so sure blog baru tu tentang penulisan, actually nak writing proposal, ingatkan tak layak dpt untuk apply RAGS, tp boleh..tp dia org sent email smlm, tarikh kena hantar hari ni, kelam kabut la...
dah la mood ke laut, cam tak sihat je..pening plus selsema..

now, week 36, waiting 4 weeks untuk cukup 40 weeks..harap2 bersalin apabila semua selesai..especially tugas2 key in markah la kan iaitu presentation and Test 2...hopefully Allah permudahkan...sorry la adik baby, ibu jarang citer pasal adik dalam blog ni yer sayang..apapun last Friday, minum air gula second time...

Mengandung kali ni nampak la kejelasan perut itu, tak macam sofiya, tapi still boleh berbaju kurung, cuma terasa sakit bila duduk sejak minggu 35, sakit kat celah peha...sakit bila bangun dari sesuatu tempat...tp takpe la pengorbanan seorg ibu...setiap anak lain2..dulu masa sofiya smooth je..skrg kalau jalan tu macam penguin la..lambat and slow...laju2 kan sakit pulak kat celah peha..so steady aje la...

walaupun dah week 36, tp kelengkapan ibu dan adik belum lagi abis dibelinya...hehehe..apalah ibu ni, mcm tak excited nak sambut org baru je..bukan tak excited, masa terlalu mencemburi...ibu pun  tak tahu nak pakai set apa untuk bersalin kali ni..time sofiya mmg guna salindah..cuma rasanya kali ni macam nak guna tanamera..tapi beli loose item je...takde la set plus maybe shaklee untuk lawas...serik bila time pantang sembelit....ok la..itu je nak update untuk hari ni....
jom kita share a few event yang akan berlaku...


Jom ramai2 datang



Jom Amalkan!!!!!

Friday, March 22, 2013

2nd time

Assalamulaikum

Lamanya tak menulis kat blog ni...:-)..mood ke laut..nak menulis journal dan paper pun ke laut...so camner nak jadi seorg penulis yang berjaya?

Hari ni ada la skit masa nak tulis-tulis kat blog ni...for those yang tak tahu, i'm pregnant again...Sofiya bakal jadi kakak..dalam entry lepas saya ada cerita saya buka buku pink lambat..suppose week ke-12 dah buka..tp saya week ke-21 baru jejak ke klinik kesihatan ibu anak Pantai Permai, Pantai Dalam..

since kerja kat Shah Alam, terpaksa la menumpang ke Shah Alam kan..tak sanggup nak ulang alik ke Pantai Dalam-Shah Alam...ye la kan federal kan selalu jammed...so nak tak nak, kena la tumpang di KK Shah Alam..KK Shah Alam ni rasanya ok la jugak..takla crowded sgt pun...

saya mmg suka buat medical check up kat klinik government..macam dan serasi..kalau nak pi private tu macam kekok la pulak..:-) so apapun tanggapan org luar sana, government service menjadi pilihan...

so sbg kenangan, nak tulis juga, hari ni adalah 1st time minum air gula for 2nd pregnancy...masa Sofiya dulu pernah gak minum..tapi tak rasa sngt minumnyer..tapi untuk hari ni mmg terasa kegulaan..stop 3 kali  baru abis minum...lepas minum rasa nak pitam...kena tunggu 2 jam, amik 2nd darah pulak..ye la kan..zaman skrg, mcm2 penyakit wujud...minum air gula ni mmg satu procedure untuk ibu-ibu mengandung..setiap ibu mengandung kena minum 2 kali..kalau history keluarga ada penyakit tu, sure la kena minum....nnt 7 bulan kena minum...masa sofiya sempat sekali je..kali kedua..saya tak nak minum sbb nak puasa penuh..tup tup dia minta juga minum air gula...tapi tak sempat, sofiya dah lahir dulu....rasa air gula ni mmg manis, macam minum air gula yang dibuat kat kedai tu..tapi takde la sampai kat tekak, kena bilas dgn air masak kan...alhamdulillah..settle 1st minum air gula...

skrg, dah week ke-25..so lagi 15 week bakal lahir anak ke-2...yang syok nak konvo nnt, anak ada 2...opss risau la, kalau baby lahir awal..maklum la student baru je abis lecture..so sure la akhir sem banyak kerja..especially bab markah2 ni kan! so rasanya kalau bersalin awal pun, takde terus balik umah kot..settle hal kerja before balik sana...

bercakap pasal nak bersalin kat mana...pening gak..suami nak minta lahirkan anak kat sg buloh..opss jauhlah nak pi sg buloh dr pantai dalam..yang terdekat hkl, lagi dekat ppum..tapi tu kan area KL..so kalau selangor, alamatnya HTAR la...tapi tak tahu la kalau ada rezeki boleh lahir kat private..nak rasa yang Islamic...pastu yang suami boleh teman..HTAR hari tu tak boleh..so nnt nak bincang dgn cik husband..maybe nak usaha ke Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, lagipun pusat bersalin ni panel tempat kerja...

okey la, nak stop dulu...

Tahniah buat sahabatku, Farahiyyah atas kelahiran baby boy, Muhammad Faris Rusydi..semoga menjadi insan yang mampu mendaulatkan Islam..ameen...