Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, April 12, 2010

cinta aku selepas Allah dan Rasulullah



sudah agak lama aku tidak pulang ke umah menziarahi mak n ayah ku apatah lagi adik2 ku..cadangnya nak balik masa cuti sekolah bln 3 tapi keadaan diriku yang agak lemah membuatkan terpaksa ditunda..tapi rupa-rupanya final ku telah sampai kemuncak..nak tak nak aku kena balik after final exam..namun hubby punye final belum lagi muncul..my hubby bakal exam 24.4 and 5.5..insyaAllah..itu pun kalau tak silap jangkaan ku..'abang, sayang doakan abang berjaya dalam exam ya!'
memandangkan sudah agak lama aku tidak pulang ke umah, maka husband memberi keizinan pada diriku untuk pulang selama 3 bulan..sebenarnya pada mulanya sebulan je..tp slalu cakap nak balik 3 bulan..akhirnya hubby bertolak ansur..padahal main2 je..

bila fikir balik, sanggupkah aku meninggalkan suami selama 3 bulan? tak nak ke dia rasa pergerakkan baby in my belly & di depan matanya? tp apapun benda tu belum berlaku..tak tahu siapa akan tewas dan akan terlalu merindui?? wait n see

apapun tetiba, selepas sehari aku buat buku merah di klinik pandamaran, keesokkannya, my hubby tetiba diserang sakit batu karang, sakit yang ditimpa sejak di uitm segamat dulu..pernah satu sem dia repeat 5 subjek...kerana sakitnya itu..tp alhamdulillah..semua itu kenangan..now my hubby dah berjaya dapatsegulung diploma..dan skrg sedang menyambung ijazah dlm bidang human resource sambil bekerja...sungguh hebat suamiku..siang keje..malam bljr..mudah-mudahan suamiku berjaya tamatkan pelajaran dgn segulung ijazah yang bakal disaksikan oleh bakal anak kami nanti.

risau untuk meninggalkan suami begitu lama selepas tahu batu karang still ada lagi...kecian tgk keadaan suami bila penyakit tu menyerang..siapa nak belai, nak sapu ubat kat pinggangnya nanti...memang aku tak mampu menyembuhnya tp sekurang2nya aku mampu meredakan penyakitnya..'abang, aku terlalu menyayangimu~terima kasih dengan anugerahNya'. bila diri ini cakap siapa yang akan jaga abang kalau sayang tiada disisi Allah, senang jawapannya, "Allah kan ada, Allah jaga abang'

namun begitu, hati kecilku pernah terguris kerana sikapnya..namun aku kena berusaha untuk memahami my husband..bagi dia tak bleh arah dia..setiap aktiviti yang ingin mesti dengan kalimah..'abang, boleh minta tolong....' bukan dengan ' abang, kemas bilik...' itu bukan cara suamiku...mmg banyak yang aku perlu belajar untuk menjadikan rumah tangga kami sewangi bauan limau kasturi..sehebat baitul sakinah...

husbandku, terima kasih kerana sudi menghantar assignment ke uia, tak tahu nak balas dengan apa pertolonganmu itu, aku sungguh kerdil di depan mu suamiku..ini semua sekadar coretan supaya tidak mudah aku lupa pertolonganmu padaku..sentiasa teman dan hantarku ke uia sejak aku pregnant, dulu aku sentiasa naik bas pi uia dan balik dr uia singgah ke officenya di jalan raja abdullah..'terima kasih abang'...bukan terlalu mengagungkan mu wahai suamiku..tp skdr peringatan pada diri ini yang terlalu rapuh ingatannya...semoga hidup abang dalam redha Allah..



buatmu suamiku, Mohamad Syafiq Yasin
kita ditemukan, perkenalan kita melalui dunia maya, dengan tulisan tangan menjadi perhubungan, kita jauh, walaupun aku di uia, kau di uitm, tidak perlu untuk sentiasa jumpa, untuk meluahkan kata-kata rindu dan sayang, namun niat kita satu, biarlah perkenalan kita, berakhir dgn jinjang pelamin, akhirnya kita disatukan, 22/11/2009, dengan walimah yang begitu ringkas, disaksikan kedua-kedua family, cuma ketiadaan ibu, atiq n aiq, tp dgn izin Allah, majlis selamat dalam hujan yang begitu lebat, banjir kecil di rumah menjadi kenangan, selepas di majlis di rumah lelaki, 29/11/09, aku terus daftarkan diri di uia, menjadi pelajar master in mechatronics, kemudian diriku disahkan mengandung, yang akan mengeratkan hubungan kita,

SEMOGA KITA TABAH DAN SABAR MENGHADAPI DUGAAN HIDUP RUMAH TANGGA

catatan pertamaku

setelah sekian lama tidak menulis itu ini, maka hari in aku telah cuba sedaya mungkin untuk meng'update'kan my blog..so long...


'the cute baby'


bila teringat bagaimana peritnya first time tahu mengandung..sure aku tak nak mengandung lagi..maha suci Allah, Allah hanya membebankan manusia dengan apa yang mampu ditanggung hambaNya..mungkin alahan yang tak sebrapa teruk di awal-awal kehamilan itu ujian itu aku sebenanrnya dalam usaha memantapkan keimanan pada Pencipta..
aku selalu memberitahu kepada my husband, tak nak dah pregnant..tak tahan..bayangkan solat berdiri pun tak mampu, selera makan ynag kurang..bila tgk makanan seolah-olah tgk batu...tak rasa apa-apa...tp demi ibu dan suamiku, diriku cuba menelannya..tp lepas makan beberapa minit, muntah menjadi habitku..Ya Allah bertapa sakitnya untuk aku meluahkan segala apa yang ada dalam kerongkongku..

masih aku ingat first time aku muntah, aku makan buah epal dgn minum milo..semua tu disediakan ibuku, thanks ibu..masuk bilik terus muntah atas katil..tak sempat nak ke bilik air..aku terus mengadu keadaan diriku kepada husband..nak cuci cadar pun tak larat..aku biarkan sehingga suamiku balik..nasib la masa tu aku mid sem break...

aku disahkan pregnant setelah bulan kedua aku selamat dijabkabul dgn suamiku..aku tidak lah terlalu mengharap untuk memiliki anak secepatnya tetapi andainya Allah memberi rezeki, aku terima dengan berita gembira..bila tahu diri ini berbadan dua, suamiku yang paling gembira. aku? tidak sehepi suami ku..mungkin kerana badanku yang lemah..sehingga aku tidak mampu untuk menafsirkan keadaan diriku..apapun thanks to my husband yang cuba memahami perubahan hormonku ketika itu..sehingga kadang-kadang dia juga tension melihat diriku..itu la pengalaman indah dan duka daku ketika di awal kehamilan ku...adik2 ipar dah mula cakap aku nanti mengidam yang pelik..tp buat masa hari ini, keinginan makan ku tidak sehebat mana pun..mudah-mudahan aku dpt kawal pemakanan ku, baik untukku dan babyku..


sehingga la kandungan usiaku minggu ke-12, keadaanku beransur pulih..cuma still muntah..dalam seminggu tu mesti skali..tp skrg dah 17 minggu, tidak lagi..mudah-mudahan kekal hingga my baby lahir ke dunia ni...cuma ketika ini tekakku terasa sakit..kering dan pedih..jangkitan drpd suamiku..jangan marah abng, memang abang batuk pun ketika ini..
InsyaAllah esok nak scan baby..first time..camner la kehidupan baby dlm my belly..besar mana saiz my baby yer...aku juga dah mula rajin memblogging blog ibu2 ni..list kelengkapan baby pun dah senarai..so excited...cuma tgk barang baby blom..hehehehe..agaknya kalau pi shopping sana, nanti ada yang terbeli kot..tak nak la beli lagi..tak tahu lagi jantinanya..but my husband nak baby boy yang first..hope dimakbulkan..lagipun dah try la panduan how to get baby boy or girl..nak tgk jadi tak panduan tu..tp semua tu izin Allah..
perjalanan babyku masih jauh..still 5 bulan lagi..risau dan cuak memikirkan..baca blog org, ada anaknya meninggal diusia 6 bulan kandungannya, so that's mean blom pasti anakku akan selamat..cuma doakan ku pinta mudah-mudahan Allah mengizinkan untuk menatapkan wajah anakku..tp andainya dia meninggal, dia sudah menjadi sebahagian manusia..usianya sudah 17 minggu..sudah ditiupkan rohnya...

'baby, ibu doa anak ibu sihat yer sayang..hari-hari ibu belai sayang tau, berenanglah sepuas-puasnya yer sayang..nnt ibu belikan buku untuk anak ibu..ibu ajar membaca, mengira sejak usia kandungan yer..nanti ibu ajak ayah beli buku untuk anak ibu yer..sabar yer..anak ibu mainlah dulu dalam perut ibu yer'


Friday, April 2, 2010

hari yang indah

setiap hari yang kita lalui mesti ada pasang surutnya. so apa kata hari-hari kita tulis hari yang indah..
ketika aku berblog ni aku udah pun habis 2 paper..tinggal lagi satu paper..insyaAllah, hari rabu..namun diriku hampa mendapat khabr yang nota bondgraph ada kat baiduri..bila aku mahu ke uia b4 rabu..aduis..makin sakit kepala ku..

minggu ini kandungan sudah 15 minggu..seronoknya bila usap my tummy..sudah ada baby..
aku pun suke memanggil baby dalam kandungan dengan nama bakal anakku itu walaupun aku belum tahu jantinanya apa..

arghh..tetiba aku aku penat untuk menulis..terpaksa berhenti..sakit kepala ku...

Sunday, March 21, 2010

sekadar penulisan

hari ini, sebelum masuk maghrib..rutinku membuka komputer..
tettiba terlintas untuk diriku ini untuk membuka blog ku...

sudah lama tidak aku menulis di dalam blogku..cuba untuk update tp apakan daya..
aku lebih berminat untuk membaca blog2 anak-anak didikku dari menaip blog..
sudah 2minggu result spm kuar...

alhamdulillah...ku bangga dengan studentku..bangga dapat a yang banyak tetapi bangga dengan akhlaknya...cukup ditarbiyahkan...

aku?sejak pregnant..amalku kurang agaknya..yang maintain hanya la mengaji..
dulu masa aku amik degree, amalan puasa sunat pada hari aku menunaikan nak amik exam diamalkan..tp tak tahu la bleh tak aku amalkan untuk master ini..

final aku dah tak lama lagi..minggu depan..that's mean hari rabu..tp apakan daya..kesihatan yang tak berapa memuaskan membuatkan aku sungguh tidak bersemangat untuk mentelaah membaca buku..

sebenarnya, kawan ku nazrah telah selamat diijabkabul..aku sungguh teruja dengan majlisnya yang simple....semoga majlisnya diberkati Allah dan mempunyai zuriat yang ramai yang akan menegakkan syariat di bumi Islam khususnya Malaysia.