Alhamdulillah..syukur pada yang Esa..akhirnya saya dapat menulis kembali..Selamat Menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam..Hari ini dah 13 Ramadhan..
Dan bersyukur juga atas kelahiran putera pertama kami, yang merupakan anak ke-2 kami dan adik kepada kakak Sofiya Yasmin..Kelahiran yang ditunggu2...sbb baby ni seorg yang dengar kata..dia keluar setelah 40 weeks 3 days dalam perut ibunya...
Sudah pasti saya ingin coretkan kronologi kelahiran putera kami..semoga one day, Mu'adz akan baca coretan ibu yer..
Apa yang menariknya, saya selalu bercakap dengan Mu'adz supaya keluar after semua kerja ibu settle..maklum la, budak2 dah mula nak exam kan..so everthing kena finish...especially yang berkaitan hal2 marking dan seangkatannya...alhamdulillah settle..cuma key in in system je tak dpt...sbb system tak buka lagi..lagipun system tu pun intranet..surelah tak leh buka di luar kawasan..
actually, start cuti 1st July (ni cuti tahunan)..takpe cuti tanpa rekod, ada 4 hari..hehehe..then maternity leave start 2 July (due date)...tapi bila lepas tarikh 2hb ni, takde tanda2 baby nak kuar dah mula cuak ..huhuhu..risau la..sbb masa Sofiya minggu ke-38 dah bersalin...
so ada masa tu la, maka boleh la settle key in mark budak2..tanda paper...tanda fyp...tp tak settle juga especially yang berkaitan fyp dan key in dalam sistem...
So nak dijadikan cerita, pada Khamis tu, 4hb tu, sy dibawa oleh suami ke pejabat peguam untuk settle urusan pembelian rumah yang saya duduki skrg...balik2 tu ada lendir coklat..dah mula cuak..adakah sudah tandanya..tapi sakit belum lagi..mula fikir kena solat atau tak perlu..dgn takut2 bagitahu suami..tapi suami buat tak kisah sgt sbb si isteri pun tak kisah..ye la tak de sakit..so cool la dulu..walaupun bukan setakat tu je lendir coklat..asal pi tandas, mst lendir coklat..
so hari Jumaat tu rehat je la..tp lendir coklat tu dah tukar putih..so hari Jumaat tu suami tak kerja..dok umah..opss masa ni dah berkampung di rumah mak mertua kat klang..dah hampir seminggu..Sofiya pun saya yang jaga walaupun keadaan sarat...melayan kerenah sofiya ada kalanya mmg penat...maka hari tu, suami yang masak..masak sayur je..kubis goreng dgn telur mata kerbau..iyer. I like telur mata kerbau rather telur dadar...
dipendekkan cerita, dalam 7 ptg camtu, saya mula rasa sakit..tapi buat tak kisah pun lagi..masa nak mandi, saya ternampak seseorg kat sofa dpn tv, ingatkan suami..rupa2 mak mertua..dia tanya sy sakit ke tak..tapi biasa la saya, terus bagitahu, tak sakit pun..huhuhu..padahal dah mula sakit2 skit..tapi jenis tak nak menyusahkan org...
so dah mandi, nak solat maghrib, saya bagitahu husband, sakit la..mmg sakit kejap..dlm 5 minit camtu..pastu sakit lagi..tapi bila ingat masa lahirkan Sofiya dulu, sejam sekali sakit..ingatkan sama la kan..ingat braxton hicks..tp bila asyik sakit..terus suami minta pi hospital..tp sy berkeras tak nak pi lagi..then saya ckp la..lepas isyak baru pergi..saya bleh tahan...then kami solat isyak bersama2..pastu makan dulu...
Dalam kul 9 lbh baru bertolak ke HTAR..iyer tempat yang sama dengan Sofiya..ramai yang tak nak lahirkan anak kat sini..ye la, ramai yang blacklisted HTAR ni dengan sbb beberapa kes..tapi saya tawakal je..apa yang jadi tu kan semua kehendak Allah..
Tak perlu nak cerita secara detail kelahiran Mu'adz kan, kerana setiap wanita yang dianugerahkan nikmat mengandung mesti akan laluinya. Ada yang dipermudahkan, ada yang mengalami beberapa masalah. Itu semua ujian yang Allah.
Dan dipendekkan cerita, akhirnya Mu'adz dilahirkan awal pagi 1.38 pada Hari Sabtu. Alhamdulillah, lahirlah putera comel itu. Semoga Mu'adz akan jadi sehebat Mu'adz bin Jabal. Seorg sahabat Nabi Muhammad saw yang gah dan berani dalam mempertahankan Islam.