Pages

Tuesday, January 29, 2013

Adik

Assalamualaikum

Perbualan antara ibu dan sofiya.

Ibu: Sofiya, adik mana?
Sofiya: (Dengan lajunya) Adik dalam perut.

Terkejut..sofiya boleh bagi jawapan seperti itu...

Selang beberapa minit..

Ibu: Adik mana?
Sofiya: Tunjuk perut dia. (Kemudian dia jalan perut ke depan, macam org pregnant)

Geleng kami suami isteri lihat terlatah dia...sofiya dah besar..MasyaAllah...
She knows that she will be a sister one day..InsyaAllah...
Mudah-mudahan hidup sofiya makin ceria dengan adanya adik nnt..ameen

Semoga sofiya membesar dengan akhlak yang solehah yer sayang...

Friday, January 25, 2013

Percutian Pertama#2013: Langkawi (Part 1)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, percutian pertama tahun 2013 berjaya direalisasikan..next percutian tak tahu la..sbb takde lagi booking ticket...tak berani...risau akan dpt another baby...so nnt burn camtu je..lagipun dah masuk kerja ni..kena tengok la bila time bleh cuti..kalau time study week sure tak boleh kan..kena tunggu sem break la jawapannya..so kita hold dulu percutian dgn flight..setakat guna kereta, boleh consider....rasa nak ajak husband jalan2 ipoh pulak...tapi bila yer...

Percutian ke Langkawi bermula jam 7.30 pagi dengan AirAsia pada 21 January 2013. Kami ber-4 termasuk MIL. Tiket kami adalah RM 135.00 bertiga pi balik..MIL beli kemudian..termasuk bagasi RM188.00..so agak mahal kan compare dengan kami bertiga...nak dapat tiket macam ni agak payah la dengan AirAsia skrg ni..dulu pernah pi Penang, bertiga RM45..masa booking sarawak pun RM87...tapi ada halangan pulak..so tak dapat pi...skrg kalau bertiga dah RM300 lebih...huhuhuhu..so kena hold dulu, kena rancang bebetul...kan ada yang nangis tak berlagu pasal ter'burn' camtu kan!

kredit by google

HARI PERTAMA

Sebelum  terlupa kami bermalam di Apartment CHOGM, rumah istirehat DBKL..per day hanya RM20..so kami pergi 2 malam, total RM40 je la..rumah ni boleh muat 8 org...tapi mmg puas hati..ada kolam lagi..mostly yang menginap kat sini org putih...tak sure la depa tu berapa bayaran..rumah ni hanya untuk kakitangan DBKL je bleh booking...nasib amik masa hari bekerja..so dptla..kalau tak mmg ada booking yang kat Pantai Cenang tu....berbaloi dapat rumah penginapan murah..save budget..lagipun pi sana nak jalan2 area2 Langkawi..no need to book yang mahal2...lain la kalau nak honeymoon, kena la hotel mahal2 skit..baru best...

sampai kat aparment ni dalam 11 lebih, so kami rehat2, tidur dulu..mmg saya suka booking ticket waktu pagi...dalam waktu zohor bangun, bersiap2 nak cari makan..then perut kenyang baru...jalan2... tapi biasa la 1st time sampai...tak tahu la nak cari kedai makan kat mana kan!opss lupa lak, jom cerita pasal kereta sewa..actually before nak fly, mmg saya cari gak la info pasal kereta sewa, yang penting area lapangan terbang..kalau jauh, sure kena add RM10..so kami dapat yang Anuar Kereta Sewa Langkawi, harga berpatutan, rm70 untuk satu malam, kereta viva auto..no phone dia : 012 2557584..kena deposit rm50 tanda booking kereta kan!

Apartment yang kami menginap tu dekat Pekan Kuah, dekat sangat dgn kedai2 macam Haji Ismail Group, tapi kena naik kereta gak la..kan jenuh pulak kalau berjalan..so lepas solat Zohor, kami keluar..cari2 kedai makan biasa tak jupe..so nampak la Thai Town Seafood...tengok menu dan senarai makanan agak mahal...huhuhuhu..so total makan tengah hari..RM73.20..ada service charge..makan bertiga..hanya 2 lauk...sofiya tak termasuk yer..sabar je la....rezeki mereka kan!

dah makan, kami teruskan destinasi pertama ke Kota Mahsuri...jangan risau, sure ada papan tanda..follow je..insyaAllah sampai...tiket untuk masuk adalah dalam RM7.00 per person..so bertiga kena la RM21.00..sofiya free yer! Dalam ni boleh baca tentang sejarah Mahsuri dibunuh, ada tayangan tentang Mahsuri, yang penting ada makam Mahsuri..tapi tak tahu la sejauh mana kebenaran tentang sejarah Mahsuri, lagipun terfikir apa la istimewa sangat dengan Mahsuri sehingga sukar ditikam kecuali dgn keris pusara arwah atoknya dan berdarah putih...bila fikir balik, Nabi Muhammad lagi istimewa, tapi darah Nabi tetap warna merah macam kita semua...kepada yang berminat dengan sejarah..boleh la singgah di sini...

kemudian perjalanan diteruskan ke Oriental Village Langkawi..dari makam Mahsuri, kena pi lalu Padang Matsirat..agak-agak 30 minit nak sampai sini..kawasan-kawasan untuk org kaya..sbb ada beberapa hotel mewah area sini yer...kat sini la kalau kawan-kawan nak naik kereta kabel yer...kami sampai dah pukul 5 atau 6 ptg camtu..kedai2 banyak dah nak tutup, tapi kereta kabel tak tutup lagi yer kawan-kawan..so kami pergi peak hour...so satu tiket untuk dewasa RM15.00..so bertiga, RM45.00..dan untuk sofiya pula dikenakan RM10.00 yer..perasaan naik kereta kabel?? mmg cuak sangat2..rasa gayat...takut pun ada..mmg 100% kena berserah pada Allah..ye la, masa kat dalam kereta kabel, terfikir la macam mana kalau terputus ke apa..arghh mmg takut..diam tak terkata la...dia ada 2 stesen...tapi mmg tinggi la naik..dr 1st station tu, mmg curam la dan amik masa lama skit...dalam 15 minit kot (tak silap la)...then pit stop kitaorg yang 1st station..mmg sejuk, berangin..permandangan sungguh cantik...masyaAllah..SubhanaAllah..sungguh cantik ciptaMu...kemudian diteruskan last station...kat atas tu lagi cantik..SubhanaAllah..lagi sejuk..kena berhati2 jaga sofiya la, maklum la dia kan kecil..mmg kena pengawasan 100%...ada jambatan gantung..tapi tak gantung sangat...maksudnya tak goyang2..tapi rasanya dah tutup..kami tak larat dah...duduk kat atas, suami sempat amik gambar masa matahari terbenam..sungguh cantik..SubhanaAllah...walau pada mulanya gayat..tapi bersyukur, selamat sampai..dan dapt lihat pemandangan Pulau Langkawi....satu keistimewaan ber'jaulah' ialah dapat melihat keindahan ciptaan Allah...dah puas..kami pun turun..masa turun tak de la gayat sangat...rasa selamat skit...

Actually, Oriental Village, conceptnya sama macam Colmar Tropicana, Bukit Tinggi...macam tu la..ada restaurant Arab, Korea, dan ada Zon duty...tapi masa ni kedai2 dah tutup masa kami turun...tapi sbb dia macam Colmar Tropicana, so tak ralat sangat pun..yang penting keinginan cik husband nak naik kereta kabel berjaya dilaksanakan...

Perjalanan diteruskan ke Pekan Kuah..mencari makanan malam pulak...kami makan kat area Jetty Point je..agak murah atau lebih kurang je..saya makan laksa, RM3.00, suami, nasi goreng paprik, RM4.50..MIL pulak makan kuew tiaw goreng, RM4.00, sofiya nasi goreng pattaya, RM4.50..air sirap limau..RM1.30 dan yang lain ais sejuk, RM0.30 per glass..so total RM18.50...mulanya adik yang macam suara Nina masterchef tu salah kira..ye la takkan RM23.60..so my MIL minta kira semula...then, kami teruskan ke pekan nak window shopping..so 1st ni beli barang2 yang dipesan..MIL pulak hajat nak beli pinggan mangkuk..opss harga pinggan mangkuk macam luminarc, correle takde murah pun..mahal..sama kat sogo kalau ada sale...so takdenya kami beli...malam pertama cuma borong coklat kawan pesan..then terus balik.....

Balik2 je saya ngan sofiya mandi dalam tub..bukan main happy sofiya dpt mandi tub walaupun dah 10 mlm lebih..itu la perjalanan untuk hari pertama..gambar next entry yer la..still dalam kamera...jom list perbelanjaan hari pertama....

Sewa Kereta: RM140.00 + RM50.00(deposit) = RM190.00
Sarapan: RM7.90
Minyak kereta: RM30.00
Makan tengah hari: RM73.20
Makam Mahsuri: RM21.00
Kereta Kabel: RM55.00
Minum Petang: RM3.00
Roti + Sabun Mandi: RM2.60
Makan Makam: RM18.50
TOTAL: RM 401.20

ps: pada mulanya saya tak dpt cuti, maklum la no staff belum ada lagi..tp b4 balik jupe dekan...tanya status...akhirnya dapat (sebagai reminder)

Thursday, January 17, 2013


Allah says in the Quran, Surah 3 Verse 110:
"You are the best nation produced (as an example) for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong"

So dear Awesome Muslimah(s), what are your contributions for Islam and the ummah? :)

credited by FB: Owh So Muslim (OSM)

Rindu Suasana di PSMZA

iyer...itu yang terlintas di hati...rindu sgt dgn sahabat2 di sana..batch kami especially..should wite down their names??? yes...

Kak Na, Sue, Musla, Dila, Kak Niza, Faie, itu la geng2 kami..tapi rindu sama sahabat2 kat tingkat 2..sure la kak farid, kak aishah, kak zi, kak erma, kak gi, kak suzie, kak nani dan kak effa..tapi ada yang dah pindah politeknik..yang penting ramai yang sudah tinggal bersama suami...

mmg saya rindu suasana itu..tempat saya bekerja selama setahun 5 bulan...satu pengalaman indah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..di situ la bermula kehidupan saya bekerja dengan kelulusan yang saya ada...i miss that moment...dan moment itu hanya la kenangan yang takkan kembali lagi...

setelah habis berjuang dgn master, akhirnya saya sudah pun berjaya ditempatkan di office baru..office yang masih sunyi...belum pandai sesuaikan diri..maklum la kalau di politeknik, kami tidaklah 100% independent..kat sana apa2 note/memo mesti ada pin hole sendiri...kat sini tak nampak batang hidung pun...huhuhu..tak tahu la everything go through by email ke apa..wallahualam...

tadi jalan2 kat web pendaftaran uitm, prinsipnya cakap dia akan kasi staff no dalam 7 hari waktu bekerja...takpe..kalau difikirkan rasa sakit kepala lagi ada la...apapun nak tulis i miss suasana di PSMZA....suka dengan suasana kerja kat sana...

A new life

Salam

Alhamdulillah, sudah 4 hari ulang alik dr umah ke tempat kerja..tapi masalah pi office tak tahu buat apa..no staff pun takde, yang ada punch card dgn bilik je..kawan pun takde...tak tahu nak cari mana kawan2..huhuhuhu..

skrg kan musim exam, so i think semua pi jaga exam tak pun ada hal memasing...takkan nak pi ketuk bilik and kenalkan diri, 'assalamualaikum, i'm a new staff'..macam pelik bin ajaib la pulak...

ya! saya pernah bekerja..pernah bekerja dgn government...tapi bila kat sini, rasa ralat dan sangsi...yes, i'm not familiar this place, i'm not x-student here..so semua org kat sini sure la saya tak kenal..tengok staff list pun takde yang kenal...arghh macam mana nak kerja ni..awal2 dah tak rasa syok..punch card pada paginya..dok dalam bilik..tengah hari cari makan, petang kul 5 blah...tak sure la bila la i'm will officially staff kat sini kan! takde no staff..so macam mana gaji nak dapat kan! takpe..gaji belakang kira..now i'm waiting surat perlantikkan...

kalau nak pi admin pun tak tahu nak cakap apa..semua macam tak mesra alam..ini first expression la kan..ye la kita ni staff baru tunjuk la apa yang patut..ni welcoming kita pun takde...bila nak lapor diri, pass dkt org ni..pass kat org sana..apa salahnya perkenalkan kita pada siapa nak jupe...huhuhu..takpe la..selagi ada kudrat, datang la office, dok melangut dalam bilik...berbeza tempat kerja lama..best...ada compartment, ada kawan..time nak breakfast berduyun2 pi cafe..ni tak...sunyi...sunyi....

takpe la..hopefully ada berita gembira di kemudian hari....Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya...semoga dipermudahkan saya dalam semua urusan...

p/s: mencari mood siapkan journal..a new life will be begin...

Monday, January 7, 2013

Officially Graduated

salam

Alhamdulillah..masih bernyawa..terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk saya masih melakukan ibadat kepadaMu dan di samping mengumpul pahala setinggi gunu Everest..dan kalau boleh mahu lebih dari itu..

Syukur, tahun 2013 sudah 7 hari..Selamat Tahun Baru Masihi..semoga tahun baru ini menjadikan diri dan kawan-kawan insan yang lebih disayangi dan dikasihi Allah..

Agak lama saya tidak menulis diblog ini..ada beberapa sebab yang tak dapat dielakkan..first mahu cari idea penulisan itu yang payah..takkan nak tulis apa yang dibuat hari ni, apa yang dibuat semalam, apa yang dibuat masa weekend..arghh itu kan macam diari je..kalau nak tulis diari, baik tulis dalam diari...takkan nak heboh satu dunia kan! bnyak yang mengata, adalah..so daripada difitnah, better diamkan diri, right???

Alhamdulillah, I'm officially graduated..yes..now, i'm Master holder...syukur sangat2..ye la, tak pernah impi pun nak genggam Master ni..cita-cita dulu nak belajar kat U macam mak ayah je..tak pernah tahu pun after degree, ada master, ada Phd..biasalah, zaman kanak-kanak..

so now, waiting surat perlantikkan..tak sure kat mana lagi dicampakkan..sentiasa berdoa ditempatkan berdekatan dengan suami..tak sanggup berjauhan dengan suami..bila teringat benda ni, boleh sakit kepala bila fikirkannya..tak nak ingat, tapi terbayang juga..tak tahu life macam mana tanpa suami di sisi...

rasanya nanti, bila dah masuk alam pekerjaan banyak yang perlu difikirkan..especially yang melibatkan writing..sure kena banyak publish paper macam org lain..kena buat projek, kena writing geran..huhuhu..satu tanggungjawab berbeza bila dah tukar skim..dulu DH..skrg DM...kena bersiap sedia...kena sediakan mental...bukan hanya mengajar, tapi demi kepentingan dunia akademik, itu la jalannya..so setiap tahun, sure kena ada target apa yang dibuat..berapa paper nak publish dan di mana..kena hadiri conference...nak hadir conference...sure kena ada budget..so budget tu datangnya dari grant...so kena pandai buat grant..dulu masa Master, everything SV yang buatkan..manja tak...skrg ni pun kena ada satu journal belum buat..tunggu, bila semua siap..insyaAllah, i must writing the paper....

okey la nak stop dulu..semoga tahun 2013 memberi satu kehidupan yang selesa bagi kami..selesa untuk menambah pahala di sisi Allah dan yang penting istiqamah dalam melakukan sesuatu kerja...