Pages

Thursday, October 27, 2011

kisah hari RABU

Assalamualaikum

hari ini hari khamis yang bersamaan 29 Zulkaedah 1432 Hijrah, maka tak lama lagi akan masuk bulan baru iaiatu bulan Zulhijjah. Dalam bulan Zulhijjah ada beberapa peristiwa penting dalam Islam, anataranya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s,  di mana bagindat telah mendapat arahan drpd Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedihkan bila anak kesayangan perlu disembelih..tetapi kerana arahan itu datangnya drpd Allah, maka ia wajib dilaksanakan dan sebagai seorg nabi, dengan penuh tawaduk dan Nabi Ibrahim melaksanakan arahan tersebut sehinggalah ia dijadikan ibadat korban pada hari ini. ibadat ini hanya dilaksanakan selama 4 hari dlm bulan Zulhijjah setiap tahun.hari2 tersebut adalah 10 Zulhijjah, 11,12,dan 13 Zulhijjah di mana ia dipanggil hari tasyrik.

okey, sekarang aku mahu imbas kisah semalam di mana semalam merupakan public holiday. memandangkan Allah mencipta pelbagai bangsa, kaum, maka pelbagai agama telah wujud, antaranya agama Hindu, oleh itu org India yang beragama Hindu telah selamat meraikan hari deepavali..actually aku tak tahu la bagaimana upacara perayaan tersebut..maka tak boleh la nak cerita detail pasal perayaan ni..salah fact kan kena hentam kromo pulak..


memandangkan cuti sehari je, maka kawan2 ku telah menganjurkan program "Gathering Laga-Laga Pipi Ukhwah Blogger' yang bertempat di Mines, Serdang...secara tepat lagi ia dianjurkan oleh Pn Mama Elly, di Critter Land, The Heritage Village,Mines...1st time aku jalan2 ke sana tau..banyak sangat shopping complex kat area Selangor ni, so rasanya kalau nak terjah semua mmg tak tercapai oleh akalnya..so bila ada gathering macam ni, boleh la jalan2 tempat yang tak pernah pergi kan!..apapun thanks to Mama Elly...

sebenarnya hati aku berbelah bagi nak pi ke tak..sbb the reason satu je, hadiah belum beli, padahal beria2 nak tukar hadiah, suggest la paling murah pun 10 ringgit, tapi kekangan masa, so tak sempat nak beli tu semua..tapi memandangkan mahu bagi sokongan, aku rasa tidak salah aku datang walaupun lewat, sekadar jupe kengkawan kan! dgn malunya aku berjaya join juga majlis tu..tu pun lewat sampai..majlis kul 10 start, tapi sayangnya 10.30 masih kat rumah, menguruskan sofiya..sofiya kalau tak diganggu tdo mmg kul 10-11 pagi baru bangun...lagipun adik2 aku dtg dr terengganu. so kena la layan dulu, kena sediakan sarapan dulu. tp mood semalam baik, aku masak nasi lemak tau!

dalam 10.40 macam tu baru bergegas bertolak, nasib la dr Pantai Dalam ke Serdang tak jauh mana, cuma nak cari Critter Land tu la bermasalah skit kan...tengok maps pun sepintas lalu..sampai2 kat sana, 1st aku nama Dayu anaknya Cha, kemudian diikuti Ana anak Dani mastu tengah tdo..ingatkan aku yang terlewat...hehehehe...sampai2 kat dalam tu dah ada Husna, mamanya Fashya, Ainul anaknya Aleessa, Naurah mamanya Ena, Eryna mamanya lupa nama (hihihi), Jue anaknya Alif, Imaan mamanya Fad, Kaisya mamanya Ann, Mika mamanya Na, Isya mamanya Elly..dan ada 2 aku tak kenal, hihihi...segan pulak nak tegur..teruk btul aku nak bertanya siapa empunye badan..rasanya itu je kot yang memeriahkan acara tu semua...

actually kalau nak pi sini, mesti dgn group. kalau dengan anak dan suami, mahunya bosan..tak berbaloi bayar 22 ringgit tetapi dok dalam 10 minit je...tapi kalau weekdays  mmg 15 ringgit..sape la yang ada masa nak bawa anak2 jalan weekdays kat tempat camtu, setakat taman tak berbayar boleh la kot...kat pukul 1 baru bergegas pulang, sbb hajatnya mahu shopping barang pasar kat chow kit..mmg akan ke pasar chow kit sebulan sekali..mmg itu stok sebulan....

tapi yang tak bestnya kat critter  land ni satu je, sofiya tak bleh berjalan, nak main gelongsor pun tak kesampaian, sofiya ni sejak 2 menjak ni kurang rajin nak turun katil sendiri, turun kerusi sendiri..selallu pantang letak, mst dgn lajunya turun, kena banyakkan doa supaya dia cepat berjalan..so masa kat critter land, nak tak nak mmg kena pantau dia la, lagipun kalau bab merangkak dia la yang paling laju...

habis shopping kat chow kit, aku bergegas simpan stok tu semua, terus mandi dan solat, sbb ada rancangan lain yang menunggu iaitu aktiviti mingguan aku..apa lagi kalau bukan usrah kan!kalau ni usrah ku target nak rehlah kat mont kiara tu, kawasan ttdi tu. tapi hujan, terpksa lah rehlah dalam masjid al-taqwa kat ttdi tu...kalau korg nak tahu, kawsan ni merupakan kawasan elit..masjid pun canggih, ada kedai, ada dobi then husband cakap, pengerusi masjid tu bekas datuk bandar dbkl....

  


@TTDI park


semalam usrah aku berbincang citer fadilat puasa di bulan Zulhijjah..ilmu ini aku share kat sini yer..puasa dari 1 Zulhijjah hingga 8 Zulhijjah diikuti puasa Arafat mmg digalakkan. ini kerana fadilatnya amat besar. antaranya sesiapa puasa pada hari tersebut, dosanya tahun selepas dan tahun sebelum diampunkan oleh Allah swt. Dan bulan Zulhijjah juga merupakan bulan segala ibadat, means dalam bulan Zulhijjah, kita boleh lakukan ibadat haji, keluarkan zakat (yakni berkorban), puasa (yakni puasa dr 1- 9 Zulhijjah) dan solat yang merupakan perkara utama dalam kehidupan kita. boleh kita renungkan kembali, sebenarnya kita mampu untuk laksanakan ibadat korban, simpan seringgit sehari..


macam2 aku tulis pulak dalam entry ni, kejap citer bersuka ria, kejap kasi tazkirah..takpe la, mana yang baik amik panduan, yang tak elok jadikan sempadan..walaupun tak dapat rehlah di taman, aku dan sahabat2 seangkatan tetap seronok ber'rehlah' di masjid tu..macam2 makan ada...aku hanya buat puding, nak buat pavlova, tak jadi. malas sudah menguasai...so sambil makan, sambil berbincang isu semasa...antaranya apabila sahabatku, zi memceritakan pengalaman pergi seminar kat muzium negeri shah alam minggu lepas, di mana ada seorg remaja lelaki mempersoalkan, 'kenapa perempuan tidak dibenarkan berkahwin lain seandainya suami sakit, dan sebgaianya' opss mencabar juga kan soalannya..kalau perempuan tanya lain citer..ni remaja lelaki..nasib ahli panel, pandai menjawab.'  dia bagitahu la kalau perempuan kawan lebih satu, keturunan tak dapat dinasabkan, yang penting maruah perempuan, sbb tu poligami hanya untuk lelaki sahaja'.

so sambil aku ada group ukhuwah blogger, tapi aku juga ada group usrah sendiri. di situ la tempat untuk berbicara tentang ilmu agama, sesungguhnya menyambung pejuangan Rasulullah adalah tugas kita as muslim. lihat bagaimana kehidupan rasulullah menyampaikan Islam sehingga tersebar seluruh dunia...di mana Nabi Muhammad pernah menyampaikan dakwah secara sulit selama 3 bulan, kemudian terang-terangan di Makkah selama 13 tahun disana. di situ nabi tidak putus asa menyampaikan ajaran Allah.  kemudian di Madinah selama 10 tahun. sebgai umat Nabi Muhammad, kita patut contohi baginda dalam semua aspects.

oklah ini saja entry untuk aku hari ni..nak tatap gamabr kat critter land, takde la..ntah bila nak upload tak tahu..aku ni bab upload gambar malas skit..takpe la....kat blog kawan2 blogger banyak..sila terjah di sana...

jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.renung-runungkanlah..wallahualam

Monday, October 24, 2011

itu ini tentang sofiya

Agak lama aku tidak menulis perkembangan sofiya..lagi beberapa hari sofiya mahu menjejaki usia satu tahun 2 bulan..opss.. sofiya masih belum boleh berjalan..malas agaknya...time aku rajin nak ajar berjalan, dia tak nak pulak..tapi pantang aku kat laptop, mst dia merangkak dgn laju menghampiri aku...pastu mula la panjat sana sini..pernah hari tu dia merangkak dgn laju, tetiba kepala terhantuk ke lantai..aduish..menangis...pujuk la si ibu..


adakah aku seorg ibu yang baik pada sofiya? opss itu kena tanya sofiya..tapi mana ada ibu yang tak sayangkan anak..even haiwan pun sayangkan anak, cuma kalau baby yang terjumpa dalam tong sampah, kena campak, kena kelar, itu sebenarnya ada beberapa sebab yg memaksa anak2 malang itu menjadi mangsa kepada si ibu. salah satu bila anak yang tidak sah tarafnya, maka Allah akan wujudkan perasaan benci pada si ibu terhadap anak yang dikandung..yang aku pelik, ramai yang marah bila benda ni happen, tapi kenapa mereka tak cegah benda ni berlaku..antara yang pertama pergaulan anak2 perempuan dan lelaki...kekdg ada ibu yang redha bila si anak mereka yang perempuan bawa berjupe si kawannya lelaki..sedangkan dalam Islam, tiada istilah anak2 ni boleh memperkenalkan diri masing2..yang ada merisik..dah berkenan..sila la merisik..kalau bagusnya si polan, cuba la bertunang dalam tempoh tertentu dan berkahwin secepat mungkin..tapi ada setengah ibu bapa yang bila anak bertunang ni, boleh usung sana sini..seolah2 macam dah suami isteri...ibu bapa sekarang yang terlalu open minded..teringat zaman aku tahun 3 kat uia, adik roomate tu bagitahu, 'mak dia asyik sibuk tanya dah ada calon belum, takkan dah nak 4th year takde lagi..tak laku ke anak mak ni'...tapi terbalik dengan aku, ' mak ayah tak pernah tanya ada pasangan ke belum'... never ask..even adik2 aku pun sama sehingga bila nak bagitahu org nak datang pun cuak..maklum la mak ayah mmg tak kasi aku ber'couple'..


alamamk, asal nak bercoleteh pasal sofiya, mesti ada macam2 citer kan! so berbalik citer sofiya, agak lama aku tak amik gambar dia, bukan tak nak amik, tapi muka dia sama je..takde perubahan..yang ada 4 batang gigi..alhamdulillah..1st gigi dia tumbuh masa umur setahun, kemudian terus Allah bagi 4 batang...berat dia masa usia setahun 6.14 kg dengan ketinggian 60cm..hehehe..kalau berdiri dengan aku, kat paras lutut, atas skit...agaknya ikut genetik mak aku..kecil2 gitu orgnya..


sekarang ni sofiya kalau umah bs mmg fully CD, ingat time hujan nak tukar pakai pampers la pulak kan, maklum la kalau hujan, lambat la CD kering, tapi husband ckp, pakai CD je..tak perlu la pampers..tapi bila weekend pakai pampers pulak, maklum la senang nak berjalan...alhamdulillah sekurang2nya penjimatan pampers dan bumi pun hijau kan!


sofiya juga masih menyusu susu ibu, cuma sometimes top up dengan susu fresh jenama dutch lady..ada org ckp tak elok untuk baby, as long as perut dia ok, aku kasi je sambil tu ada juga kasi nutrigen atau vitagen..malam2 bagi minum madu dalam 1/2 sudu teh...takde nya suplement bagai ni..lagipun untuk perkembangan otak elok bagi makan ikan yang ada omega tu...so tak nak manjakan anak dengan suplement bagai ni..lagipun selera dia mmg besar, asyik nak makan je..syukur alhamdulillah...umur 10 bulan baru start makan sakan...so aku tak kisah kalau dia nak makan macam2..cuma aku ni yang kena rajin pelbagaikan..nnt boring pulak dia..susah lak aku..hehehehe...makanan anak tu penting dalam perkembangan otak dia, so bagi aku..no fast food, tapi macam mana dengan diri ini..kena juga 'puasa' dari makan fast food...


tika usia sofiya setahun 2 bulan ni, dia suka membebel, tapi suka sangat menangis, menangis yang teramat sangat...sedih mmg sedih, tapi apakan daya..tak tahu kenapa dia suke sangat menangis macam tengok benda yang menggerunkan...sejak usia setahun hobinya asyik menangis je..kalau dulu, bawa jalan2 kat shopping complex senang je, diam je dok dalam stroller..tapi sekarang cepat bebenor bosan, pastu mula la nak menangis..itu la, aku mengharapkan dia cepat jalan, senang skit nak bebas kan..tapi tak nak la lasak sangat sampai nnt terpaksa berlari kat shopping kompleks dok mengejar sofiya..hope sofiya behave nanti..

pesanan buatmu anakku sofiya,

sofiya, lihat la dunia ini, macam2 cerita yang menakutkan..ada kisah kanak2 usia 7 tahun diperkosa oleh murid darjah 4 dan darjah 5..ibu tidak mahu benda seperti ini terjadi pada diri sofiya..ibu mahu sofiya bila besar pandai jaga diri, pandai bawa diri, tutup aurat, pakai tudung sehingga menutup dada, baju hendaklah labuh sehingga punggung, baju lengan panjang, dan juga baju dan seluar yang longgar, ibu juga tidak mahu sofiya leka dengan kehidupan dunia ini..ibu tidak mahu sofiya terikut2 kawan sofiya..biar kita hidup sederhana...ibu tidak mahu sofiya berfoya-foya dengan benda2 sekeliling sofiya..dan sofiya ingatlah akidah sofiya, sofiya dilahirkan Islam, dan bersyukur dengan anugerah yang paling indah, jaga la ia, kerana hidup ini adanya kematian, bila mati akan dihidupkan semula..dan di situ hanya ada 2 sahaja pilihan, syurga mahupun neraka..ibu mahu sofiya pilih syurga, maka jalan ke syurga adalah mengikut segala suruhanNya dan meninggal segala laranganNya...


p/s: malas nak upload gambar sofiya..so letak gambar dr google sudah...

Pavlova

Salam Isnin

apa khabar kalian semua..boleh tak, nak abadikan kekalahan MU dlm entry ni b4 aku bercoleteh panjang? opss sungguh menyedihkan bila pasukan MU..aku minat MU sejak usia 15 tahun tapi skrg takde la tegar mana pun..kalah kepada Man City dengan gol yang amat besar 6 berbalas 1...huhuhuhu..malu sgt2..kalau setakat kalah dengan 2-1 boleh la kan..ni dengar sinar.fm pagi2 pun dok kutuk2 MU tu..sabar je la dgn DJs ni...pastu ramai la nak migrate sokong Man City..dah paling tak tahan bila org org cakap "pok Jib bawa sial hingga MU kalah teruk"..macam2 dunia ni..tapi ingatlah sport adalah satu taktik org yahudi melalaikan org Islam..

Weekend yang happy..sebabnya aku berjaya buat pavlova..opss gambar? takde la..nnt aku upload gambar tu...actually dah lama dok pendam nak buat pavlova..maklum la, kawan2 kat UB ramai dah addict buat pavlova...aku ni terbantut sbb satu, mixer takde...so hari sabtu, lepas asar, kami jalan2 area belakang umah tu, area jalan klang lama, nak cari set meja makan dgn perabot satu..tetiba ckp la kat husband, "org lain sibuk wat pavlova, nak juga try, tapi takde mixer"...pastu husband pun cakap la..jom pi cosway...



cilok dr google juga

actually, mmg dah lama nak beli mixer kat cosway, masa bulan puasa tempoh hari, tp bila sampai 2 buah  kedai cosway takde lak..pastusiap book lagi..tapi takde la panggilan phone tu...sampai la terlupa nak beli mixer...hinggakan hari sabtu tu, singgah kat cosway tu, 1st cari mixer..tengok2 ada, alangkah happynya..aku tukar 30 coupon tambah 49 ringgit je...hehehehehe..so skrg dpr aku lengkap la untuk baking membaking ni...


gambar insan google

bila dah dapat mixer, berkobar2 la nak buat pavlova..so shopping la kat tesco scott garden tu...namanya je hypermarket, tapi whip cream pun takde huhuhu..dah amik strawberi dgn kiwi tu..bila whip cream takde..so terbantut la..maka dengan tu tak jadi la nak buat pavlova...tapi smlm, husband ajak jalan2 lagi..nak pi mid valley, dia tak nak..so ajak la pi sunway piramid pulak..hehehe..agak2 mana la umah aku tu kan....so jalan2 kat sunway piramid, 1st tempat pi giant, yes whip cream ada..tapi buah2 la mahal..opss aku mmg cari yang murah..mmg patut pavlova mahal..sbb buat yang dicover atas pavlova tu mahal...so nak tak nak aku jalan pulak jusco..pun mahal..so beli aja la..rasa weekend lepas macam org kaya giler..sbb beli tak berpandukan budget..pakai beli je..apa nak beli je..bila balik buka fb, terbaca pulak pasal 9 jenis syaitan...syaitan yang menghasut membeli sehingga boros pun ada...lupa nama dia..nnt jupe pasal kenali syaitan tu,aku paste kat sini, ok....

sampai2 umah dalam 6 petang tu, terus buka mixer, ikut tips dari pn. dayu kat sini...terus wat pukul telur putih diselang seli dgn gula yang dblend selama 15 minit..sukenyer bila 1st time buat sudah berjaya..tp sedih bila time pukul whip cream..tak kembang gebu gitu, ngadu kat husband, so husband la amik alih..hehehe..itu pun ada pergaduhan kecil...maklum la whip cream tak jadi, rasa fail kan..ye la, dah pukul lama giler, tapi tak kembang dan gebu...tapi bila suami buat, lama2 dia ok..alhamdulillah...dah buat dessert macam ni kena sabar...dah siap makan malam, baru sapu whip cream atas pavlova tu...pastu tabur buah dengan meriah..kemudian sejuk dlm peti..dalam sejam lebih, baru makan..wow..boleh tahan kerangupan..cruncy gitu...so apa kata aku share resepi kat sini yer...cilok dr pn. nano..so kat sana ada detail2 tu semua..so sila terjah ke sana...

tapi yang penting barang2 dia simple je, putih telur, gula, whip cream dgn buah2 yang nak tabur kat atas tu...enak dimakan bersama suami dan anak2...alangkah bagus kan kalau makanan anak2 tu semua ibu yang siapkan..takde makanan segera ke apa kan..so pada kawan2 yang suke membaking, selamat mencuba..

Wednesday, October 19, 2011

babysitter

Asalamualaikum

Hampir 19 hari tiada kisah di blog kesayangan aku ni. why? satu je sbb, terlalu banyak benda yang terpaksa aku buat sehingga tidak sempat jari2 runcingku ingin menari di keyboard ini..terlalu banyak benda yang mahu di'share' bersama untuk dijadikan renungan mahupun utk rujukan kehidupan masa akan datang..

last entry aku bertarikh 30 sept..mmg tak sempat nak menulis, nak berblogwalking pun tak sempat, kalau citer menarik, aku habiskan jua, kalau tak just pandang tajuk..then blah..huhuhu..mmg tak sempat, cuma kalau blog yang follow mmg aku baca abis..itu beza dgn blog yang aku follow atau yang ada list kat sebelah tu..kalau yang takde dlm list tu...tengok title je la...kekdang penulisan blog ni sama aje...

   

actually, ada something yang menarik perhatian...semalam, dah petang, aku dpt panggilan..tgk number, tahu la panggilan dr uia, ingatkan my SV..rupa2nya dr IIUM Educare..sekian lama aku register, baru semalam dia tanya aku masih berminat ke blom..dengan lajunya aku jawab tak minat..hehehe..sepatutnya berbasa-basi la dulu, tanya la ada kekosongan ke dan sebagainya kan..ni terus ckp tak minat, sure la org kat sana terus letak kan, dh tak tanya lebih2 kan...

okey la, dulu mmg aku bercita2 nak anto anak kat nursery. perception aku ni satu je, nak anak tu cepat belajar...so kalau nak anto umah bs pun mahu cari yang berpelajaran...tapi mana ada yang berpelajaran nak jadi bs kan..so terkubur macam tu la...

sebab apa aku dah tak fikir kenapa tak nak anto nursery ialah kerana bs tu dah sayang sangat sama sofiya. tak sampai hati la nak amik. lagipun takde benda yang yang aku tak puas..semua ok..so andainya aku buat lari sofiya, apa la mak cik pak cik fikirkan..so daripada buat hati tua mereka resah elisah, biarkan je la...lagipun dgn mak cik pak cik senang, tak berkira. kalau aku amik kul 7 takde la kena harga tambahan macam kalau hantar nursery, lambat sejam 5 ringgit..pernah pak cik tu ngadu kat husband, kalau tak nak bayar pun takpe, janji sofiya dok ngan dia weekdays and aku ngan husband jaga sofiya time weekends je...oh no...walau susah macam mana pun, sofiya anak aku..mst aku yang patut jaga...padahal bukan susah pun jaga sofiya..so easy bak 1,2,3 and A,B,C..

sebenarnya ada baik buruknya hantar anak ke nursery mahupun babysister..dulu aku teringin sangat sofiya kecil2 dah pi school, means hantar nursery, nnt cepat dia bergaul, ada ramai kawan, ada pembelajaran formal..even kat  tempat husband pun ada nursery, murah pulak tu, tapi awal2 dulu dah anto ke jiran, jiran pun tak jauh, depan umah je, so bila nak bawa lari rasa berat sangat..lagipun selama penjagaan pak cik mak cik pada sofiya takde lagi benda yang aku tak puas hati...so selagi aku tak pindah umah, mmg kat situ la tempat sofiya, takpun selagi mak cik pak cik bernyawa di situ la tempat sofiya menumpang kasih sementara aku pi kerja...

dulu aku mmg nak bs yang pandai, means ada pendidikan untuk anak-anak ni, tak nak biarkan sofiya tanpa ada pembelajaran..at least one day a word pun jadi lah...tp angan-angan ku berkecai...aku dah tak tahu nak suruh siapa jage sofiya memandangkan mak cik yang janji nak jaga tak kunjung tiba..so nak tak aku tanya la pak cik depan umah..akhirnya dia bersetuju..tapi apapun mak cik ni mmg ada pengalaman jaga baby...dan aku bersyukur, mak cik boleh terima penyusuan susu ibu dan juga pemakaian CD..so jimat la kos susu dan pampers...umah dekat ni, kalau nak handle susu ibu tak susah. aku masukkan dalam botol then masuk dalam tuppwerware..sampai je umah mak cik pak cik, terus tumpang peti ais mak cik pak cik..tak perlu nak beli beg cooler satu lagi ke, nak beli ice pack lagi..bila sofiya nak minum juz rendam dalam air panas...pastu kasi minum..tak perlu mak cik kena bancuh susu ke apa..senang..kalau CD pulak senanag gak, takde la sampai suruh mak cik basuhkan..agaknya itu juga kelebihan bs rather than dgn nursery.. kalau nursery yang mmg ramai..susah juga nak handle especilly bab CD..

apapun mesti ada hikmahnya sofiya dijaga oleh atuk & nenek...sekrg sofiya ada 3 nenek dan 2 atuk...semua org sayang dia..dan dia mmg anak yang manja...suke kan melihat aksi anak yang manja..terlalu happy sehingga kalau ada masalah pun boleh dilupakan seketika...tapi apapun, dalam bab makanan sofiya mmg aku jaga, aku akan bekalkan nasi bubur yang dibuat sendiri, aku masak nasi dgn slow cooker untuk stok seminggu..bangun pagi2, aku akan masak bubur dengan pelbagai rasa, tengok la, ada ikan letak ikan, ada ayam letak ayam, tapi yang penting kena letak sayur, kalau breakfast aku ada masak roti telur, siap potong kecil2, rajin skit buat pasta, letak tomato dan sebagainya..lagipun skrg sofiya mmg suka makan..suap apa je, mst makan..alhamdulillah, harap2 berat dia naik la banyak skit...then tak lupa aku kasi kudapan biskut untuk sofiya..semoga sofiya membesar dengan sihatnya...

ilmu untuk dikongsi: semalam perbincangan tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w, antara makanan kegemaran Nabi selain makanan sunnah seprti madu, kurma adalah labu...sebenarnya labu merupakan makanan untuk otak..so sebab tu digalakkan bagi makan labu kepada anak-anak..kalau org putih, resepi senang sangat, potong labu, tabur garam then bakar..try la...