Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, January 27, 2015

Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua Tahun baru..selamat datang 2015..even 27 days pun dah berlalu... Konon la sibuk..takde masa nak terjah nak coret sepatah 2 kata... Konon nak buat blog baru...tapi terbengkalai juga..arghh payah jugak.. Takpe setia yang satu je sudah.. Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah dengan kesihatan yang baik, walau sejak 4 hari sakit tekak..macam tonsil..maybe la..tapi takde la jupe doc kan.. makan je panadol plus antibiotik suami yg punyer. Tahun 2015, sofiya pun 5 tahun. Tahun pertama sofiya school. b4 this, dok taska je..taska dbkl..more nak berkawan-kawan..bukan untuk belajar tapi alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk sofiya sekolah kat area PJ...gasak la kan...berkira nak sek area shah alam..tp ntah la.. Allah bukakan hati untuk ke tadika little al-azhar, seksyen 16 PJ... tinggal di pantai dalam, bekerja di shah alam..ini lah cabarannya pergi ibu hantar, balik ayah amik..adil kan! tunggu muadz 2 tahun, nak masukkan dia taska dbkl pulak..biar dia belajar berkawan...ni manja kededek...istilah kami sekeluarga. Tahun 2015, adik yg no 4 tu bakal kahwin dengan pilihan hati. Mudah-mudahan diizinkan Allah. Selamat semua majlisnya nanti. Apa lagi yang menarik.. Tahun ni nak pulun buat paper, pastu nak masuk pertandingan..my student berjaya dlm FYP tahniah kat korang...semoga berjaya dengan jaya dalam kerjaya pulak.. Cukup la, untuk tatapan pertama tahun 2015...

Thursday, August 14, 2014

Result Exam

Assalamualaikum..

Salam Khamis semua. Wow! Esok Jumaat. Weekend.

14 August 2014-hari student dpt keputusan exam. Exam sem lepas. Tahniah student-student ku. Eh! Student saya mana tahu kewujudan blog ni. Tapi takpe la kot dia google, jupe blog kan!

Apapun takziah pelajar yang fail dan juga diberhentikan. Yes..i have a few students fail and diberhentikan. Sedih tu sedih, tapi apakan daya, dah cuba tolong. Tapi Allah yang inginkan macam tu, cari la markah kat sana ke kat sini ke..tetap tak boleh nak luluskan mereka. Maafkan saya.

Actually, kadang2 kesian dengan budak, nampak baik tp bila final exam tak perform, what should I do..carry mark pun per 40 je..so mmg kena perform la final...tak boleh la buat ala kadar. Apapun doakan semua student berjaya dalam hidupnya, fail dalam subjek tak bermakna fail dalam kehidupan. Mungkin dengan kegagalan itu buat anda lagi berusaha untuk berjaya.

Mood hari ni: Happy sebab student ucap terima kasih. Tapi sedih bila one student sms kenapa dia fail..so mood ke laut. Alamat, carca merba la coretan hari ni. Lagi satu student FYP ucap terima kasih. Student yang selalu kena marah yang ucap terima kasih tu...hehehehe..yang ucap terima kasih banyak pun kelas yang selalu kena marah juga...:-)

Okey la. Stop dulu.

Tuesday, August 12, 2014

Hutang

Assalamualaikum

Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Semoga apa-apa perancangan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, kebanyakkan anak muda, especially yang sudah berumah tangga akan fikirkan masa depan terutama pendidikan anak-anak kan! Ada yang fikir mahu beli rumah. Itu keperluan dan juga aset masa kini. Terlalu mahal rumah masa kini. Sangat mahal. Rumah sekarang hanya mampu lihat je.

Bercakap pasal rumah, rasanya saya belum lagi mahu memiliki sepenuhnya rumah sendiri. Biarlah dengan duit yang ada tu, saya enjoy. Bukan enjoy yang bukan-bukan yer. Actually rumah yang kami duduk sekarang tu pun dah jadi milik kami. Asalnya kami sewa dan sekarang ia milik kami. Walau tak sebesar rumah org lain, tp bersyukur kami dah ada rumah untuk berteduh. Sekarang terfikir nak renovate la skit. Biar nampak exklusifnya..Wait and see. Hajatnya dua je. Nak baiki lantai plus nak ada kitchen kabinet.

Semalam, jalan dengan kawan-kawan. Maklum la ada sorg kawan nak beli rumah, sorg lagi nak buat rumah. So sempatlah usha MBSB dan juga Bank Rakyat. Agak tinggi ratenya. MasyaAllah. Bayangkan pinjam RM250 000, then bayar dalam sebulan RM 2915 dalam tempoh 10 tahun, then after kira jumlahnya, kita akan bayar lebih sebanyak 99800..hampair 100K juga tu...seolah-olah kita pinjam RM 350, 000. Ini semua kadar yang tinggi. Takde kat dunia ni buat urusan jual beli tanpa ada rate. Kan bagus, pinjam RM 250 000, bayar pun RM 250 000. takde duit caj tambahan. Itu baru personal loan. Kalau loan perumahan, lagi banyak kot bayar..ye la lagi lama pinjam, lagi banyak la kadar yng kena bayar kan! Cuma dalam urusan macam ni, baik kita istikarah. Minta bantuan Allah sebaiknya. Kita boleh survey banyak tempat, boleh survey semua bank yang ada perkhidmatan pinjaman ni..then kita minta bantuan Allah dalam menyelesaikan masalah ni..

Sama juga dalam bab beli kereta. Hutang juga. Payah kat Malaysia nak beli cash. Kalau dapat tunggu la gaji disimpan dalam 4-5 tahun. Boleh la nak beli kereta cash. Itu pun yang harga dalam 40K-50K. Kalau yang lain, jawapannya hutang. Kena bayar lebih 10K dari harga sebenar. Tak nak hidup berhutang. Tapi kadang-kadang kereta tu keperluan. Mudah bergerak sana sini.

Bercakap pasal hutang, ayat yang paling panjang surah al-Baqarah ada menceritakan pasal hutang. Menceritakan bagaimana mahu berhutang, bagaimana konsep hutang yang dibenarkan dan sebagainya. 


So dalam kehidupan ini, kena fikir apa yang penting, so jangan la terlibat dengan hutang ni. sengsara.

Monday, August 11, 2014

Cerita Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum

Bersiaran kembali di hari yang sama, Isnin tapi berlainan minggu dan tarikh.
Apa khabar kalian semua? Masih mood raya, tapi jangan lupa tunaikan puasa sunat bulan syawal. Hari ni pun dah 15 Syawal. Sekejapnya..rasa macam semalam 1 Syawal...oh tak terkejar dengan masa ni..makin dikejar makin cepat pula.

Macam mana weekend kalian. Mood raya, sure la berjalan sana sini..ziarah kawan-kawan, pergi jemputan kenduri kendara dan juga open house sana sini. Alhamdulillah, saya bersama suami anak2 sempatlah bersama-sama meraikan Aidilfitri bersama IKRAM PJ. Jamuan raya diadakan di Pejabat IKRAM PJ, Taman Medan. Jamuan raya disambut dengan sederhana aje, kemudian after makan-makan, beberapa ahli pergi ziarah beberapa rumah di Taman Medan sambil memberi sumbangan. Cara sederhana kami. ahli IKRAM beraya tahun ni.

Hari Sabtu tu tak pi mana sgt2..after jamuan raya di PJ, kami lost idea nak pi mana..jemputan open house ada, tapi nun di Shah Alam. So jalan2 berkereta, kemudian nampak pak cik jual cempedak. Cakap cik husband, sila berhenti kat situ. Agak lama tak makan cempedak. Kalau beli cempedak goreng, seringgit tu berapa la sangat. Tapi alhamdulillah, rezeki sekilo 3 ringgit je, dpt la beli 3 biji..baru 3 kg...satu biji kasi bb Muadz..alhamdulillah...then petang keluar cari lemang. Area Pantai Dalam mmg banyak lemang, pilih je mana satu berkenan. Yang penting kena tahu mana yg sdp..tapi beli ' lemang Tok ' agak sedap juga..lembut..tak keras..pergi masa tu ada 1 batang je..rezeki..cuma harga yang agak mahal kot..sebatang RM14.00..tak tahu la kalau tempat lain kan...

Hari Ahad, pi Tadika Hidayah, kat Jalan Tualang, Bangsar. Actually dekat dgn umah autie Ijat. Ada pameran anak-anak tadika kat sini. Hajat nak hantar Sofiya, tapi tu la agak jauh dr rumah..lagipun nnt jammed..tengok la camner..lagipun tadika tu mak cik Fauza yang kendalikan..ada sesi 4, 5 dan 6 tahun. konsep tadika ni macam2, maybe Montessori, ada belajar cooking, jahit, citer nabi...yuran RM450.00, tadika, kalau day care tambah RM300.00. yang penting konsep pendidikan. Bermain sambil belajar.

Then after puas-puas di Tadika, kami ke rumah CC Razak, ayah angkat husband ni..kenalan husband. Pak cik dah pencen. Dulu kerja DBKL. Satu jabatan dengan husband. Jabatan perumahan. Tiap-tiap tahun bila time raya ada lah pi ziarah. Cuma tahun lepas tak berkesempatan..tu tahun ni kena pegi. Dah setahun lebih CC pencen. Ingatkan nak ziarah rumah kawan husband lagi kat Keramat sana, tapi kawannya kerja..so berdessup balik Klang. Mana lagi kalau bukan rumah Uwan Sofiya dan Muadz. Takde sape pun kat sana. MIL sorg je. Adik-adik semua ada urusan, balik Puncak Alam dan juga berkerja. Kesian MIL..tapi apakan daya. Kehidupan. Anak-anak ramai pun, bila tua berseorangan juga. Anak-anak pun ada kehidupan masing-masing kan! Tapi jangan jadi anak tak mengenang budi sudah..kacang lupakan kulit.

Okey la, takde idea sangat nak menulis pagi ini. Nak bertazkirah pun tak dapat. Dengar IKIM pagi-pagi pun, kalau mata ni mengantuk..so tak fokus..tak dapat lah idea nak coretkan kat sini. Cuma tadi mereka bincangkan apabila Facebook dilarang..Facebook tak dibenarkan. Maklum la maklumat yang tak sahih banyak sangat tersebar secara meluas dan cepat hanya melalui Facebook. Pada kita, nak share something mestilah yang betul..jangan click share tanpa selidik kesahihan berita tersebut. Wallahualam..Ada akal, guna lah sebaik.