Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, August 25, 2011

rezeki sofiya


salam 25 Ramadhan

semalam dalam perjalanan nak balik, dok dalam bas, cik husband ada sms ' ada yang teristimewa'. ingatkan apa la kan..ingat dia dapat bonus ntah dari sape2 ke, atau aku yang akan dapat elaun..tapi rupa2nya untuk sofiya...masuk2 keter tengok satu paper bag baju sofiya...suamiku siap cakap dia beli bundle lagi...

Alhamdulillah, bila tengok paper bag tu, mmg teruja aku..rezeki sofiya rupanya..patut la aku berat hati nak beli baju gaun sofiya, asyik tak berkenan je especially pada harganya..tengok harga, terus aku blah, tengok baju lain la..aku terfikir beli baju mahal2 hanya boleh pakai sebulan dua buat apa..tu aku tak sabar nak tunggu sofiya dah besar dan ada kaki...baru nak beli gaun comel2...beli baju besar, bleh pakai sampai lusuh...

teringat cha, anak dayu pun murah rezeki..anak-anak ni murah rezeki kan..baju2 sofiya dapat semalam mmg baju wat pi jalan2..kebanyakkan gaun, ada 4 suit je..walaupun 2nd hand, tapi cucu aunty ijat ni hanya pakai sekali dua pastu dah tak pakai sebab tak muat...lagi pun semua branded..maklum la aku ni mmg jenis yang suke brg branded..don't blame me kenapa suke berjenama yer..sebab setiap org dia ada citarasa masing2 kan...

aunty ijat ni baik orgnya, kerana aunty juga aku merasa makan hotel kat 5 bintang..aunty ijat ni kawan mil aku, mmg dia akan bagi something kat mil dan juga adik beradik suami aku..last kami jupe sehari bulan puasa hari tu, dia boleh kasi adik ipar RM500 sebagai hadiah birthday, kemudian adik ipar yang bongsu pun RM500 untuk kegunaan belajar, adik ipar sorg lagi dia kasi yuran untuk menduduki IELTS dgn harga RM570...aunty ni mmg kaya, sbb dia tokey stesen minyak..gaji pi month RM40K...tapi sayang, dia tak kahwin2 pun sampai sekarang, umur dah cecah 60 kot, tapi awek muda..walau dia kaya tapi dia tak loket...ingat lagi masa jalan2 kat the curve tempoh hari, tiap org dia belanja baju..bayangkan kami ni beli baju kat BritshIndia pun berfikir 2-3 kali, tp aunty tak kisah...semoga aunty sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...

so maknanya baju2 yang sofiya dapat kat atas adalah atas insan aunty ijat..thanks aunty...mmg budak2 ni murah rezeki kan..sofiya belum puasa dah ada duit raya..kelakar kan...tapi takpe la rezeki sofiya, amik simpan dalam tabung haji...ramai yang suruh buka ASB/ASD...tak nak la..aku nak concentrate pada satu akuan...semoga dengan pelaburan aku masa kecik ni boleh membantu sofiya bila dewasa nanti...

so andainya suatu hari nanti Allah kurniakan rezeki lebih, mudah2an tangan kananku mudah menderma dan bersedekah..sesungguhnya bila banyak bersedekah, lagi Allah murahkan rezeki..cuba kalau kita kedekut, duit yang ada mst tak cukup atau ngam-ngam untuk bulan tersebut je..huhuhu..so sempena bulan Ramadhan, mari lah menambah pahala dengan bersedekah...


Wednesday, August 24, 2011

Rebutlah 10 Malam Terakhir







Salam 24 ramadhan


Lagi 6 hari bakal berakhirnya bulan ramadhan..sedih tak? sure la sedih..ye la, andainya ini ramadhan terakhir, maka apa lagi bekalan nak bawa bertemu Pencipta.. Allah yang Esa...so marilah sama2 kita muhasabah diri, cuba listkan amalan yang dilakukan sepanjang 24 hari berpuasa ni dan cuba lakarkan pada graf..naik ke turun? naik senaiknya atau turun seturunnya??

Pertama jom tengok pada ibadah solat sunat terawih..sepatutnya ibadah ini hendaklah kita berusaha melakukan kerana ibadah solat sunat terawih takkan ade pun dalam bulan2 Islam lain. Ibadah ni bukan hanya perlu dilaksanakan di masjid atau surau, tapi kalau ada kekangan macam anak, masa boleh dilaksanakan di rumah...memang rugi sesiapa yang membiarkan malam2 mereka tanpa solat sunat terawih ni.

Kedua, apa kata kita lihat pada amalan mengaji pulak..sejauh mana kita mengaji..kalau takde kawan nak ajak bertadarus, kita masih boleh membacanya...kalau 30 hari berpuasa, maka sehari 1 juzuk..1 juzuk bersama 10-11 helai..kalau membaca sehelai maybe amik masa 2-3 minit, so kalau 11 helai baru 33 minit, masih ada masa untuk abiskan 1 juzuk sehari kan...

Ketiga, ramai juga org Islam bulan puasa ni bersedekah..ingatlah antara 3 perkara yang tak akan putus bila mati adalah bersedekah...andainya takde duit yang banyak, apa kata bersedekah 1 ringgit sehari, maka 30 hari bulan ramadhan dah dapat 30 ringgit... nak bersedekah ni tak perlu tunggu jadi jutawan, baru nak bersedekah..syaratnya ikhlas untuk bersedekah...



Keempat, bangun malam, mmg kalau bukan bulan puasa susah sangat nak bangun malam..betul tak? tapi apa kata sambil sediakan sahur untuk suami dan anak-anak, sambil menunggu nasi masa, tunaikan solat sunat 2 rakaat..itu dah cukup..sebenarnya bukan susah pun nak buat kan..cuma kadang2 nafsu yang mengatasi segala-galanya, daripada solat sunat, apa kata buka fb, update status ke apa ke sambil menunggu nasi masak.
.

Rasanya itu je kot amalan yang selalu diamalkan..so selagi ada waktu, jom perbaiki amalan sunat kita selain ibadat puasa di siang hari agar kita bertaqwa.. Firman Allah Taala: 


“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “  
(Surah Al-Baqarah: 183)


Kita sebagai manusia yang diberi masa 24 jam, akal, maka kita berhak untuk menentukan perjalanan hidup kita, Jangan jadikan anak dan juga suami sebagai alasan untuk kita kurang mengingati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggal segala suruhanNya.. Percaya la dengan kerenah anak2 itu sebenarnya Allah hanya menguji sedikit sahaja..dan kita perlu berfikir macam mana nak mengatasi masalah ini..Cuba kita lihat di luar sana, masih ramai yang mampu melakukan ibadah kepada Allah dengan anak yang masih kecil, sibuk ke sana-sini menguruskan agama Allah... Ini semua kerana satu, iaitu niat. Andainya kita mmg niat, nak ramadhan kali yang terbaik dari tahun2 sudah, maka Allah permudahkan...bayangkan bagaimana Rasulullah dan para sahabat berperang melawan musyrik Mekah ketika perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan..dan ini menunjukkan bulan Ramadhan bukan yang melemahkan dan melonglaikan tapi ia adalah bulan memberi kekuatan..Jom dan Ayuh, semarakkan baki2 Ramadhan yang tinggal..jangan kita kesali ia, kerana hidup yang kekal adalah adalah hidup di akhirat nanti...

perkembangan sofiya tika 11 bulan

bakal doktor mata (InsyaAllah)


pejam celik pejam celik, tak lama lagi baby sofiya dah tak jadi baby dah..akan bertukar status toddler lak..nak sangat buat 1st besday party..tapi rasanya kalau buat pun dia tak faham apa2..apa kata buka je bbtv..nyanyi lagu 'today is special day' tu sambil beli kek aiskrim baskin robbin tu, potong dgn kami bertiga atau pulang balik umah mil, potong kek with her uncles and uwan...amacam ok tak??

actually, dah lama tak update kisah sofiya yasmin anak kepada encik mohamad syafiq yasin dan puan nurul muthmainnah kan! apa kata hari ni update kisah2 kenakalan dia sehingga usia dia hari ni, 11 bulan 17 hari...

dalam usia yang 11 bulan ni, sofiya masih belum dikurniakan gigi..malu btul gigi sofiya nak kuar, tapi i like..comel giles dia senyum..tp jenuh nak pikir menu nak kasi makan, maklum la takde gigi..tapi bila rasa gusi dia mmg keras..dan yang terbaru rasa mcm gigi nak tumbuh..tapi ntah bila nak muncul..tak sabar menunggu...

dan yang paling kagum, sofiya belum lagi demam..alhamdulillah..sungguh kuat anak ibu..dan syukur juga padaMu ya Allah, masih mengurniakan susu ini untuk disuakan kepada sofiya walaupun pada awal Ramadhan, macam dah takde susu..tapi aku usaha juga..aku makan kurma..sekarang minum teh yang boleh meningkatkan susu..maklum la aku tak tahu la apa yang milk booster..abis semua aku try tapi macam tu jugak..Allah hanya memberi susu untuk anakku minum hari2  bukan untuk dijadikan stok..kalau dalam peti ais sekarang ada, 7 je botol..cukup la tu..takpe la, pump hari ni untuk esok hari....

bab makan sofiya pula..sofiya mmg memilih makan, kalau dia tak suke awal2 dia sembur...sekarang aku selalu suakan bubur lambuk pak hassan yang suami dapat free kat ofis dia, kekadang beli juga...sekarang, aku malas nak pikir kena makan kasi makanan ada garam ke tak, neutral ke tak..tapi kalau aku masak bubur mmg no garam..tak berani nak letak...tapi selagi makanan tu sesuai untuk sofiya aku kasi je..bagi gardenia, mashed potato, bagi pasta dgn cheese awal2 dia tolak..kadang2 bila fikir, nak kasi makanan totally takde garam macam yang disyorkan tu rasanya mmg payah..ye la time kecik, kita jage sangat2 makanan anak, tapi bila anak dan besar skit, mula lah bagi jajan itu ini tanpa pemantauan..aku harap aku takkan kasi jajan kat sofiya..kalau dia nak makan merapu, biarlah dia makan kismis, kurma atau biji-bijian macam badam tu...keropok yang berperisa harap2 tidak lah..aku masih ingat, kalau aku kecik2 dulu masa time pi kedai sama mak, mak hanya membenarkan aku dan adik2 beli kismis lego tu je..maggi pun tak sentuh..tak kenal pun maggi hinggalah satu hari ayah dapat hamper, dalam tu ada maggi, mulanya mak nak buang, tapi ntah macam mana, kitaorg makan mentah2 camtu...hihi, bagaimana mak menjaga makan anak2nya, maka aku akan jaga makanan untuk sofiya...semoga berjaya..so mulainya sekarang kena train cik husband no keropok berperisa2 dahulu, sbb aku ni mmg tak suke sangat keropok berperisa..aku lebih suke kerepek pisang, ubi dan sebagainya...

tika usia sofiya 10 bualn 2 weeks, akhirnya dia berjaya merangkak sepenuhnya, dulu hanya angkat punggung je, ke depan ke belakang..hepinyer bila anak dapat merangkak..walaupun tak awal macam setengah2 budak, yang penting setiap pertumbuhan atau gerakan dia tak miss..sofiya pandai bercakap? oh tidak lagi..tapi dia mmg suke membebel, suaranya lantang...kalau time dia nak membebel, mmg membebel sakan la....dan aku paling suke kalau dia hilang dr pandangan aku, then aku panggil dgn bunyi ayam ke, kucing ke, dia akan terkedek2 merangkak dgn senyuman dia...dulu, mmg payah dia nak senyum, sekarang mudah je..alhamdulillah...

apa lagi perkembangan dia? pasal berjalan, sofiya masih belum boleh berjalan, tapi kalau diajak bertatih bukan main dia..mahu tawaf berpuluh2 kali..mmg bahaya btul kalau diajak bertatih ni..tak nak berhenti...tp hari tu suami ajar dia naik tangga..jenuh btul..kalau tetiba malas, menangis la jawapannya..tp sofiya ni cerdik juga budaknya. kalau dia nak sesuatu dia mmg akan berusaha..pernah pak cik aka baby sister sofiya cakap, kakinya terletak pada tali beg, so bila dia merangkak, beg tu terbawa sekali..so dia berhenti sejenak, berfikir macam mana nak kuarkan, akhirnya dia membelakangkan sikit badan dia, terus dapat kuarkan kaki dia....sofiya paling suke pada buku, abis semua buku kecik2 tu dah tinggal sehelai-helai...dia suke belek2..kadang aku ajar juga dia...bila time rajin aku datang...apapun aku seronok tengok perkembangan anak di depan mata..


aksi comel sofiya tdo

"Ya Allah, terima kasih dengan kurniaanMu ini. Maka aku memohon kepadaMu kurniakan anak kepada sahabat2 ku, Abby, Adilla dengan cahaya mata supaya mereka juga mampu merasai apa yang aku rasa ini. Ya Allah aku juga bersyukur kerana mengurniakan anak yang mudah untuk dijaga, yang kurang meragam..dan Ya Allah aku memohon padaMu, jadikan Sofiya Yasmin anak yang solehah, anak yang pandai, anak yang sihat dan juga aku memohon padaMu supaya Kau memberi kekuatan untuk aku membesarkan amanahMu yang hanya dipinjam sementara untuk menjadi insan yang menegakkan agamaMu kelak..ameen"

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan



kenangan di uia PJ






Salam 18 Ramadhan

Alhamdulillah dengan izinNya maka sudah nak masuk hari ke-18 umat Islam berpuasa. dalam perjalanan nak ke uia, aku sempat la on ikim.fm, terdengar Dj Siti bercoleteh. ini boleh dijadikan sebagai motivasi pagi juga atau boleh juga dikategorikan salah satu cara mahu munasabah especially tentang puasa yang kita sedang lalui ini. cuba selidik macam mana adakah puasa kita makin hari ibarat macam tebu atau macam teh tarik? kenapa ia diibaratkan dengan tebu dan teh tarik? tebu ni makin hujung makin tawar, mananya makin penghujung, makin malap ibadat puasa kita, makin malap amalan2 sepatutnya dilaksanakan di bulan puasa...kalau teh tarik pulak, makin ditarik makin pekat teh tersebut, seolah2 makin ditarik makin pekat, maknanya makin di penghujung bulan ramadhan, makin kuat kita gandakan amalan puasa dan ibadat2 lain..sentiasa bacakan al-quran, cuba abiskan 30 juzuk, bangun malam, banyakkan sedekah..alhamdulillah....so selagi ada masa, jom jadikan puasa ni seperti teh tarik, dan andainya ini adalah ramadhan terakhir...

cukup tazkirah aku di pagi 18 ramadhan ni..opss kenapa aku letak video kat atas tu..mengimbau kembli memori aku 10 tahun yang lalu..alamamak, rasa macam sekejap je kan..rupa2nya dah 10 tahun..lagu inteam kat atas tu adalah lagu tema masa aku mendaftarkan diri ke uia matrik petaling jaya..masa tu, ingat lagi kakak-kakak taaruf week tu tanya tahu tak nyanyikan lagu di ni..ada yang cakap tahu, ada yang cakap tak tahu..tp bagi aku, sure la aku tak tahu..aku belum kenal kumpulam in team masa tu, aku hanya tahu kumpulan raihan je...mmg katak di bawah tempurung kan! tapi pelik, boleh pulak katak di bawah tempurung belajar ke uia..hihihi..gurau je....

bila mengenang kisah lalu, teringin tak nak kembali zaman2 dulu kala?? kalau diberi pilihan, mana kamu pilih? kanak-kanak, remaja, universiti, zaman bujang lepas universiti atau zaman sekarang, ada suami dan sorg anak? kalau aku, sure sekarang, sbb hari2 bleh tatap wajah anak kesayanganku sofiya..(opss sudah rindu sama dia)...bila teringat zaman matrik dulu, macam tak percaya kan selama 18 tahun bersama mak ayah, tetiba kena berhijrah ke PJ..kalau ikutkan hati mmg tak nak masuk pun uia, impian nak masuk utm...tapi takdir Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk hambaNya.

selama dua tahun di matrik uia PJ..banyak kenangan yang tak dapat dilupakan..kalau bulan puasa, aku sanggup pi masjid (arghh lupa lak nama apa) untuk berbuka bersama..kalau ada yang tak nak join, aku sanggup pi sorg2..sbb kat masjid nanti jupe la kawan..lagipun dengan cara ni mmg menjimatkan..maklum la masa dok matrik dulu, aku hanya dapat biasiswa 1500 satu sem..kalau ikut logik akal cukup tak? ntah la..aku masa tu kalau aku bab duit ni tak pandai sangat..tapi masih tahu hargai duit...tapi masa tu kalau aku nak balancekan duit aku, mst tabung haji jadi mangsanya..tp masa tu tabung haji aku adalah nyawa2 ikan je...tapi sekarang tabung haji tu tempat aku simpan duit emergency..nak pi haji, kena tunggu duit cik husband menggunung dulu..insyaAllah...

kalau cakap berbuka puasa di masjid uia tu, menunya best2 aje..maklum la uia PJ tu kan kawasan org kaya2..tengok aje umah2 di sekeliling uia PJ tu, mmg hebat..siap ada swimming pool lagi..tp aku suke kawasan area PJ..tu berangan kalau tak dpt dok PJ, dok Kelana Jaya pun ok..janji aku kena kerja kat uitm shah alam..tak dapat uitm shah alam pun takpe, dpt uitm puncak alam pun ok..janji dekat dgn husband..opss dah merempet la entry ni..padahal nak citer kenangan uia PJ...teringat lagi kenangan tengok piala dunia 2002 tu..tak silap kat asia kan..jepun/korea tu...penuh org dlm bilik tv..kenangan dengan roomate bermasalah pun ada..tak tahu la sekarang dia jadi apa..wallahualam...

apapun taaruf week aku mmg mencabar, 12 days..bayangkan 12 hari kena pakai baju yang sama iaitu baju batik color ungu tu..mmg tiap2 malam basuh, sidai then gosok...tak pernah aku pakai baju tak basuh..satu kenangan yang tak dapat dilupakan selama ber'taaruf week'..dan alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah

Monday, August 15, 2011

muhasabah kembali

Salam 15 Ramadhan




semalam, asyik buzy runningkan matlab, sambil buka FB..kemudian buka video kat atas..kisah hidup personaliti tv yang tak asing lagi.. Wardina Safiyyah..

setiap org mempunyai kehidupannya tersendiri. bila tengok video kat atas ni, boleh dikatakan iman tak dapat diwarisi seperti  dalam nasyid raihan tu,..tajuknya mutiara hati kot..opss lupa lak tajuk tu yer..'iman tak dapat diwarisi, dr seorg ayah yang bertakwa'...ini kerana wardina, both of her parents merupakan penceramah bebas dan juga guru agama..

oleh itu, jangan la sangka bila ayah tok imam, mak tok guru mengaji, anak2 nya pasti akan mempunyai akhlak yang elok semuanya..kadang2 tertanya, kenapa akan jadi begitu..satunya disebabkan corak pendidikan..bila kita teliti cerita wardina di atas, mak dia mmg suruh dia solat, pakai hijab, tapi tak bagi reason kenapa kena buat itu ini...dan semmgnya menjadi konfius kepada anak-anak yang ketika itu tengah remaja, kemudian majalah2 barat menguasai diri...dan sbb itu dalam mendidik anak2 memang kena bagitahu kenapa kena buat itu ini, kenapa tak boleh buat itu ini..dan jangan membiarkan anak mendapat ilmu hanya melalui buku yang dibaca..dan juga pastikan buku2 yang dibaca itu berunsurkan ilmiah, banyak kan kena pantau dalam pendidikan anak-anak ni...dan sesungguhnya mendidik anak-anak ini akan mendapat pahala..

lagi satu, doa ibu amat penting dalam kehidupan seorang anak..macam mana menangisnya ibu wardina bila anaknya menjadi model sehingga mendoakan anak tidak berjaya dalam pertandingan dewi remaja..dan ini menunjukkan doa ibu adalah satu senjata yang sungguh tajam. sebab itu jangan sesekali kite as anak melawan cakap ibu bapa especially ibu kita. dan begitu juga kita yang kebanyakkan sudah bergelar ibu ni jangan mudah give up untuk berdoa kepada Allah jika dikurniakan anak yang degil atau memberi sedikit masalah kepada kita..kerana itu semua adalah ujian Allah... andainya anak sakit tetiba atau meragam, banyakkan berdoa kerana daripada Allah kita datang, dan daripada Allah kita kembali..dan Allah la tempat bergantung pengharapan.

selain itu, bila melihat kepada video kat atas, kite boleh cakap juga pasal hidayah. hidayah Allah itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya..tetapi Allah hanya memberi hidayah kepada yang mencarinya bukan yang mengharapkannya tanpa berbuat apa..dan bagi yang sudah pun mengamalkan apa yang disuruh Allah dan meninggal larangNya, sepatutnya bersyukur dan sentiasa berdoa agar Allah tidak memalingkan diri setelah Allah telah mengurniakan nikmat Islam itu...kerana Allah itu berhak melakukan apa sahaja. sesungguhnya memang bertuah sesiapa yang Allah kurniakan hidayah kepadaNya..

akhir kata, mahu tingkatkan iman? selalu la muhasabah diri..

Kalau tak tarbiyyah diri, hati ini akan jadi lebih keras dari batu..maka didik, ikawal, monitor la ia..kerana hati ini akan dibawa ke akhirat..jauhkan rasa dengki.. Sebab dengki itu juga akan dibawa ke akhirat.. dan bergembiralah dengan apa yg ada.."Tidak bimbang dgn apa yg berlaku dan tidak risau dengan yang lepas"

Wednesday, August 10, 2011

Bestnya Puasa




alhamdulillah, sambil2 wat research boleh pulak blogwalking sana sini..dapat la video kat atas dr blog mama fatin..entry yang bagus dr mama fatin..good job farah...


sebenarnya, b4 this dah baca pandangan mendidik anak2 di bulan puasa..1st aku baca dulu kat blog fad..dan hari ni kat blog farah..both of them mmg dah bekeluarga...so mmg betul pandangan diaorg tulis dalam blog tu..


dalam mendidik anak2 untuk berpuasa ni. kita perlu mengutamakan anak2 dalam pendidikan solat..kerana perkara pertama yang ditanya Allah di akhirat kelak nanti adalah tentang solat..tapi sekarang, ibubapa lengah2kan dalam mendidik anak2 bab solat dan membiarkan mereka diajar oleh guru2 di sekolah mahupun tadika..itu kalau tadika Islam..


langkah pertama untuk mendidik anak ni solat, hendaklah membiasakan mereka melihat kita solat..jangan tak nak gangguan, kita solat dalam bilik sorang2 dan bilik dikunci, anak dibiarkan melayan BBTV..kemudian bagi anak perempuan, belikan telekung, sekurang2nya dia tahu kalau nak solat mesti pakai telekung, ni adat org Malaysia la kan, padahal hakikatnya boleh je solat tanpa telekung janji menutup aurat...kemudian, bila anak dah besar atau dia faham, boleh la trgkan kenapa kena solat, boleh citer tentang sejarah solat yang disyariat ini seperti yang diceritakan dalam israj mikraj..


bila time bulan ramadhan, kite as parents boleh la mengajar anak2 berpuasa..mengajar kenapa kena puasa..jangan asyik2 ajar anak dengan ganjaran dalam melakukan ibadat kepada Allah..takut bila besar nanti, dia nak buat sesuatu kerana ganjaran bukan kerana dituntut oleh agama..dalam bab mendidik anak berpuasa amat mudah..selalu mention, kalau larat, puasa la sampai abis tempohnya, kalau tak larat boleh berbuka..kerana berpuasa bagi anak2 kecik ni bukan jatuh hukum fardu lagi..sebab tu dalam mendidik anak2 ni, ibu bapa perlu selalu rajin untuk membaca buku, surf internet, sbb sekarang kalau nak dapat ilmu ni terlalu mudah..kalau ada duit lebih, tak salah belikan buku pendidikan anak menurut islam sebagai rujukan..


tapi bila tengok video kat atas tu, mmg kagum cara pendidikan wardina pada anak2..tak sabar nak tunggu sofiya besar..sekarang ni, alhamdulillah, time kami solat, sofiya akan berkeliaran di sekeliling kami, masa kami mengaji, kami ajak dia dok bersama2, ada kala atas ribaan..aku mmg mahu sofiya dia kenal Islam sejak kecil lagi..kerana bayi seusia sofiya mana ada dosa, sbb tu bila pandang je muka dia, dia terlalu comel, kulit mulus tanpa ada jerawat...dan menjadi tanggungjawab besar kepada kedua ibubapa menjadikan anak itu majusi, nasrani atau yahudi..jangan tersilap langkah dalam mendidik anak2 kerana kealpaan kite sibuk mencari duit sehingga membiarkan anak2 diasuh oleh bibik atau pembantu rumah, guru2 di sekolah sehingga langsung takde air tangan kite..macam dalam citer Ramadhan Terakhir slot samarinda tu..


akhir kata, didik lah anak dengan berhemah bukan pada paksaan..kerana kalau dalam kerelaan mereka, mereka akan seronok melakukan ibadat itu..ajar anakmu solat tika umur 7 tahun, jika 10 tahun masih enggan solat, maka pukul la..selain itu pisahkan tdo anak2 lelaki dan anak2 perempuan ketika usia mereka cecah umur 9 tahun dan ajarkan anak2 tentang adab2 memasuki bilik parents mereka..wallahualam.

indahnya kalau camni


gambar insan google

semalam aku blur skit nak masak juadah berbuka..ikan, daging dr frozen semua takde buat turun..baru 9 hari puasa tp dah blur nak masak apa..sedih tak?? dan selama 9 hari tu, aku berjaya lagi tidak singgah pasar ramadhan, lagipun aku tak tahu kat mana pasar tu..bagus juga kan tak tahu...jimat duit...

okey semalam aku berjaya la masak ikan terubuk masin lemak cili padi dengan sayur kailan..2nd menu ada seperti gambar di atas...ini resepi rekaan ku..(pemerhatian dr adik buat salad telur tu dulu)...

jom memasak bersama aku..

resepi : salad telur
masa memasak: 15-20 minit
makan untuk 4 org

bahan2 utama:
3 biji telur (direbus)
3 biji kentang (dipotong dadu dan digoreng garing)
daun salad - dimayang kecil2
tomato - dipotong dadu

cara membuat:

kuning telur tadi diambil, kemudian dilenyek bersama sedikit cuka..
kemudian telur putih yang direbus dipotong mengikut kesukaan.
masukkan telur putih, daun salad, tomato, kentang dalam mangkuk.
kemudian masukkan telur bancuhan telur kuning tadi dlm mangkuk.
letak garam, thousand island, lada hitam dlm bancuhan di atas..
akhir siap.. nak sedap simpan dlm peti dulu...

senang kan! apabila melihat makanan berwarna-warni ini, maka akan menarik perhatian untuk kita makan..btul tak? tapi adakah kite terpikir bagaimana hubungan kita dengan Allah? bagaimana mahu Allah sayangkan kite?salah satu adalah mesti lah hidup kite perlu warna warni macam makanan, ada pelbagai warna dan perasa..betul tak?

maka dalam persiapan menemui pencipta kita nanti, perlu kita mewarnai kehidupan kite dengan pelbagai warna. tidak hanya cukup menunaikan yang wajib sahaja seperti solat 5 waktu tetapi kite perlu la tambahkan dengan solat sunat, solat tahajjud, solat taubat dan juga solat dhuha. memandangkan sekarang bulan ramadhan, maka kebanyakkan umat Islam puasa..tetapi ada segelintir manusia yang namanya Islam tidak berpuasa, dan ada yang tanpa segan silu tayangkan depan awam yang mereka tidak berpuasa...apabila sudah berjaya puasa ramadhan selama sebulan, apa kata tambah pula dengan puasa syawal 6 hari, puasa sunat hari isnin dan khamis dan juga puasa pada hari2 peristiwa seperti puasa hari arafah dan sebagainya..jangan pulak puasa2 dihari yang dilarang...

maka, sekarang kite tambahkan perasa pula dalam kehidupan kite..kite tambahkan dengan membaca al-quran..jadikan 10 ayat sehari pun takpe, nnt tingkatkan lagi..sbb aku pernah dgr kawan ayah bagi tazkirah, 'sesiapa yang tak membaca al-quran dalam 10 ayat sehari hidupnya sia-sia'..kemudian tambahkan lagi dengan membaca2 buku ilmiah, menghadiri kelas agama, membaca mathurat dan macam2 lagi...ah..bestnya kalau mampu buat semua tu kan!

akhir kata, marilah kite pelbagai amalan ibadat kite seperti mempelbagaikan masakan kita supaya bila kita dapat masuk syurga Allah itu..sesungguhnya kehidupan di syurga sangat-sangat indah yang tidak dapat dicapai  oleh akal manusia.

Tuesday, August 9, 2011

Blog berubah wajah

Hari ni genap umat Islam menunaikan puasa yang ke-9, InsyaAllah..dan menu berbuka pun sudah macam2 dicuba dan dihidangkan di hadapan suami dan anak2...sehingga kadang2 sampai sakit kepala memikirkan mahu masak menu apa kan!


sebenarnya takde la nak citer pasal makanan..cuma nak citer blog aku berwajah baru..sudah simple2 dan takde corak yang macam keanak-anakkan..ye la pagi2 tadi sampai uia, aku intai2 la blog momma tu semua..dan tetiba baca blog HJ yang memperkatakan apa sebab menulis blog...


ada bermacam2 reason why aku menulis blog..actually blog aku ni bermula pada tahun 2008 tapi takde la tegar berblog..sekadar mengisi masa kekosongan..konsep blog aku takde la nak citer semua perkara yang berlaku nak citer, cuma hanya perkara2 tertentu je aku abadikan di sini...lagipun masa aku dgr taklimat tentang biasiswa TPM tu, ada satu dekan fakulti kejuruteraan awam tu ckp, if u want to be a lecturer you must rajin in writing..means kena rajin menulis, membaca dan sebagainya. so sebagai langkah permulaan, prof. menasihati agar kami semua ni ada blog....


dengan blog ini juga, aku terjebak dengan ukhwah blogger..tak memasai..aku terjoin sekali..aku lebih suke jadi silent reader..sbb tu follower aku tak ramai mana..nak dapt duit dr nuffnang pun, sorry to say la..mmg takde..dulu aku paling suke baca blog tentang budak2 uia especially yang kahwin masa student, sekarang aku suke baca blog kawan2 di ukhwah blogger..semua aku terjah....


tapi sayang, tak semua blog famous aku kenal..macam ben ashari tu sendiri aku tak follow pun, blog yang aku follow ni more kepada kawan2 seangkatan..blog bebudak ni jarang nak ikut, kadang2 design blog mereka terlalu advance sehingga menyerabutkan kepalaku untuk terjah...


alamamk, aku sudah mengarut dlm entry kali ini...


tazkirah aku hari ini ialah :- berbuka puasa cara sederhana


Firman Allah yang bermaksud: " Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (al-'Araf : 31).

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (al-Isra' : 27). 


Monday, August 8, 2011

reminder to myself too


sebenarnya takde mood sangat nak menulis bulan pose ni..tadi terjupe video kat atas ru kat fb member..so aku share kat sini...semoga ia amik pengajaran...kerana kalau malaysia ni, bulan puasa adalah pesta makan..sedih tak??


sedangkan kite tahu bulan puasa...adalah bulan ibadat..banyakkan buat ibadat..ni tak, kalau kat hotel2 tu berlwan buat pesta buffet..29 per pax la..itu paling murah..kalau hotel 5 bintang, mahunya cecah 100 lebih....


adakah bila berbuka puasa di hotel atau restoren mewah ni akan mendidik jiwa kita? sedangkan kite tahu salah satu hikmah berpuasa adalah untuk merasai penderitaan org miskin yang tak dapat makan, hidup susah...tapi bila buka puasa kat hotel, berbuka dgn bermacam2 lauk, mana nikmatnya puasa...sedih kan,,penat je puasa tapi still gagal mendidik jiwa menjadi yang sederhana dalam kehidupan..


so sebagai kesimpulan, bila nak buat sesuatu, pk terlebih dahulu, adakah btul cara kite berbuka tu..sbbnya bulan puasa nak didik diri ini jadi yang insan yang lebih tunduk dan patuh kepada perintah Allah..

Thursday, August 4, 2011

t-shirt momma blogger






memandangkan semua sibuk tayang gambr t-shirt anak2 ni, maka aku dgn rasmi melanggar prinsip iaitu tak nak letak gambar si kudit ni..huhuhu..


takpe la, bukan selalu letak gambar sofiya, so aku maafkan diri ini..


actually, t-shirt ni dah lama order, tapi baru hari ni dapat..ntah bila order aku bleh lupa. apapun thanks kat dayu yang menjaya mempromosi sehingga berjaya aku belikan t-shirt ni..dan terima kasih juga kepada onniey salleh yang bersusah payah berjupe tokey printing untuk dptkan t-shirt ni...


alhamdulillah, muat2 baju tu dgn size sofiya..so boleh la bergaya lepas ni..pakai head band nama sofiya, baju nama sofiya...dan lihat aksi sofiya yang takde mood nak bergambar...amik sofiya dr rumah bs, terus test padan ke tak...selekeh btul rupa sofiya kan..aduih anakku..


last but not least, 
wahai anakku sofiya, jadi lah anak yang solehah, yang mengikut segala suruhan Allah dan meninggal segala larangNya..jangan nakal2 tau! hormat org tua..jaga akhlak dan belajar pandai2 yer..supaya besar nanti bleh jadi org berguna..ayah sofiya kan mahu sofiya jadi doktor mata..insyaAllah..





Wednesday, August 3, 2011

sunat pakai baju baru

alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurku untuk sama2 menjalani ibadat puasa di hari ke-3..syukur padaMu ya Allah..semalam dalam UB ada cerita pasal berapa baju anak anda...bagi sofiya, baju raya yang rasmi adalah 3 pasang, 1 baju kurung dan 2 pasang baju gaun..semua homemade..nak kata excited beraya dgn anak 1st tu takde la sgt teruja, tp as a mother, mmg menjadi tanggjawab si ibu belikan baju baru untuk dipakai di hari raya..lagipun anak satu tahun apa la dia faham tentang raya kan!


memandangkan ramai dah ada anak, maka ramai yang excited to buy a few dresses and clothes to her son/daughter..sehingga lupa untuk membeli baju baru walaupun sehelai untuk dipakai di pagi raya..semua itu diketepikan bagi memastikan anak2 dapat baju baru..tp ingatlah memakai baju baru di pagi 1 syawal adalah sunnah nabi dan kalau buat akan dapat pahala sunat..aku time raya mmg akan ada baju raya, sehelai pun takpe, janji baru..mak aku selalu ckp, 'pakai baju baru di pagi raya ni sunat'..so mmg akan dapatkan juga walau sehelai..


bagaimana kalau miskin? org yang tidak mampu?? .inikan sunat, maka kalau dia mampu pakai baju baru maka dapat la pahala..kalau tak, takde la pulak dosa..lagipun kalau bulan ramadhan, setiap umat Islam even baby pun wajib untuk keluarkan zakat fitrah..zakat ini juga bagi yang mampu..so maknanya mmg akan ada bahagian untuk fakir miskin untuk dapatkan wang zakat dan setrusnya membeli baju baru untuk dipakai di pagi syawal..


okey, jom tengok amalan2 sunnah Nabi Muhammad  saw ketika di pagi raya -1 Syawal


1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
2.Memakai Pakaian Baru .
3.Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya.
4. Memperbanyakkan Takbir.
5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan.
6.Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
7.Masa Untuk Bermaafan.
8. Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.


ini kerana hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda :


"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"


sekian sahaja tazkirah pada petang ini.

mutiara kata



 



Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)


 Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ungkapan yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”. 
Darjah taqwa adalah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:


“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya” (Surah al-Qalam:34)


“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah ali-Imran: 133)


Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-Quran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.“ (Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi.

 Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka¬-sangka.”(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu” (Surah al-Hujurat: 13)


Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya agak sukar. Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.


Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. 




credited by Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

Monday, August 1, 2011

mengharap ramadhan yang terbaik

Ramadhan kareem..selamat datang wahai ramadhan..adakah kamu ditunggu? agak2 org tunggu ramadhan atau syawal? jawapan adalah org tunggu dua..kalau takde ramadhan, maka syawal tak menjelma..alhamdulillah, Allah masih memberi aku untuk menikmati untuk aku menghirup udara di luar sana..dan hari ini juga merupakan hari pertama umat Islam puasa..dan hari ini juga hari pertama aku bersama suami sama2 sahur bersama..




syukur, smlm kami balik klang, maka my mil sudah bekalkan kami lauk untuk di makan ketika sahur ni.so bangun kul 4 masak nasi...ingatkan nak masak malam tadi..tapi penat..so alhamdulillah, Allah kejutkan aku..risau juga kalau tak sahur ni kan..ye la diri ini masih menyusukan sofiya...


teringat tahun lepas, puasa tahun lepas, aku sarat pregnantkan sofiya..sarat?? aku enjoy berpuasa ketika mengandungkan sofiya..aku enjoy...dan sofiya lahir ketika 28 ramadhan..pengalaman puasa ketika mengandung? alhamdulillah, tiada masalah...aku berjaya puasa 27 hari..bangun sahur, mandi, bertolak ke office husband, tengah hari cik husband anto ke uia, petang cik husband jemput, berbuka dlm perjalanan..begitu la kehidupan aku pada tahun lepas..klang gombak dah menjadi satu permainan bagi aku..tapi seronok berbuka walaupun hanya makanan dibeli di bazaar, tp makan dgn cik husband adalah satu nikmat..dan memori  indah yang sukar dilupakan..


aku mengharapkan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik utk diri ini, suami dan keluargaku...aku lupa sejak bila kalau time bulan puasa, mesti berusaha utk khatam al-quran..biasa la kebanyakkan org akan berlumba2 untuk khatam al-quran....indahkan bulan ramdhan..ramai yang berlumba2 mencari keredhaan Allah..dn paling penting, ringan sangat nak buat ibadat tu....dan rasa sedih sgt jika bangun hanya nak masak nasi semata2..mmg malas tu ada, tapi perlu lawan, ..bersyukur sangat Allah masih gerakkan hati untuk mendekati diri padamu..dan paling aku berharap, tidak tinggal solat terawih..dan buat masa ni terpaksa la solat kat umah, sofiya kecik lagi...dan aku sentiasa berdoa semoga Allah tidak gelapkan hati ini...Ya Allah, permudahkan aku untuk sama2 menegakkan agamaMu...dan aku juga mengharapkan agar Allah sentiasa membuka hati ini untuk sama2 melakukan apa yang disuruhMu dan meninggal segala larangNya.


rasanya tidak terlambat untuk memberi beberapa tips untuk menghadapi bulan puasa..jom tengok kat bawah yer...



  • Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiran serta mengharapkan dapat memperbanyakkan amalan di bulan puasa ini untuk membersihkan segala dosa dan noda.
  • Mengulang kaji semula ilmu berkaitan dengan puasa seperti rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah berpuasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.
  • Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan islam serta membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.
  • Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah diamalkan di bulan Ramadhan supaya tidak cacat atau rosak serta terus diamalkan hingga bulan-bulan seterusnya.
  • Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’ serta istiqomah selepas bulan Ramadhan.
  • Menguatkan kesungguhan dan keazaman untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin.

akhir kata, jadikan ramadhan ini adalah yang terbaik dan andaikan ini adalah ramadhan terakhir..selamat beramal...