Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, April 28, 2011

hepi besday


nak wish hepi besday to my mom in law
Pn Mahanom bt Talib
yang ke
dot...dot..
opss yang ke 55

actually besday my MIL semalam
kami tak dpt celebrate
pasal kami skrg kat umah kami
aku juz suruh my hubby
anto gmbr sofiya
dan send hepi besday..

semoga my MIL dipanjangkan umur
untuk menambah ibadat kepadaMu
ya Allah
semoga juga keluarga kite makin bahagia..

dan 24/04/2011
juga merupakan 
pemergian my FIL 
menghadapi Ilahi
sudah dah 16 tahun suamiku hidup tanpa belaian kasih sayang ayahnya
tapi aku bersyukur sehingga hari ni
aku masih memiliki itu semua
bayangkan lah macam hibanya bila
datangnya hari kelahiran tanpa
kehadiran insan tersayang..
itu la yang berlaku pada my MIL

my MIL selalu citer 
detik2 kematian my MIL
siap bagitahu nak celebrate besday
tpi itu la janji Allah
setiap hidup PASTI mati
oleh kerana itu
hendaklah sentiasa bersiap sedia dengan kematian
kerana mati itu tidak dikira usia
my FIL meninggal ketika usianya cecah 48 tahun

semoga dengan pertambahan usia
akan menjadikan diri ini 
lebih mendekatkan diri dengan Allah
please do the basic things yer Muthmainnah
jangan tinggal solat dhuha,
jangan tinggal mathurat,
jangan tinggal puasa sunat,
jangan tinggal solat sunat rawatib
jangan tinggal solat berjemaah,
dan jangan lupe mengaji
jangan lupa mak ayah and adik2 dn kakak

ya Allah bantulah diri ini menjadi 
anak yang solehah
isteri solehah
ibu yang terbaik
menantu yang baik
kakak yang baik terhadap adik2 
kakak yang baik terhadap adik2 ipar


bonus link














Sweet Cherry 2 in 1 Walker (6-15 months)
Gift code: 415-002-003
  • Adjustable height.
  • Detachable electronic play tray.
  • Comes with rocking function.
  • Maximum weight: 12kg.
  • 2 AA batteries operated (Not included).

WM: 13,800 Points
 EM: 22,100 Points

Express Way
WM: 8,300 Points + RM69
 EM: 13,300 Points + RM111






VTech First Steps Baby Walker (6 months+)
Gift code: 161-002-024
  • Support and nurture your baby’s first steps as they play and learn!
  • Activity centre features loads of activities which introduce letters, words, numbers, shapes, animals and colours.
  • Includes 10 popular nursery rhyme melodies featured with 5 different music styles.
  • The fun-filled activity panel can be removed from the walker for extra floor play fun!
  • 3 AA batteries operated (Not included).





WM: 14,600 Points
 EM: 16,400 Points

Express Way
WM: 8,800 Points + RM73
 EM: 9,900 Points + RM82






mata blum ngantok lagi...tetiba rajin lak nak tulis entry..tapi b4 tulis ni..aku stop dulu citer autism..
so citer barang2 sofiya lak..
actually rasa cam tak nak je beli walker wlaupun usia dah nak masuk 8 bulan..tapi memandangkan sofiya asyik mengengsot je..rasa tak salah kan beli walker for her..
why aku tak nak beli walker..sbb ada org kata walker ni tak elok dn tk membantu sangat dlm  berjalan..kenapa aku perlu beli walker kalau tak bawa faedah..lagipun aku ada utarakan pertanyaan perlukah walker or not..tp jawapan kebanyakkan diaorg mmg beli la..

so aku rasa tak salah kalau aku belikan untuk sofiya..cuma kadang tu aku tertanya, kalau beli berguna ke tak..maklum la aku ada 4 barang yang aku beli jarang sangat guna especially bouncer and stroller..play mat tu kekadang je..bila terpandang n begitu juga baby carrier..nasib tak beli car seat..agaknya kalau let go, boleh ke???rasanya tak perlu la..aku saya giler sama barang2 sofiya..aku akan simpan untuk adik dia..wah2..dah merancang nak anak lagi..opss buat masa ni tidaklah..maybe dah establish family ni baru plan anak ke-2..

cakap pasal anak, ramai gak la my friend especially kawan2 kat uia dpt anak tahun ni..tahniah kat nita (my junior), kak aishah( my senior), sarahan, n izzah for the new born. semoga kehadiran mereka akan mengeratkan hubungan ibu n ayah..kawan2 poli pun ramai gak yang dah bersalin, tengah pregnant pun ramai gak..bagi kawan2 yang belum dikurniakan rezeki anak, sabar yer..insyaAllah..suatu hari you all akan dpt baby gak..

kembali citer mengenai entry ni, my hubby ni ada bonus link card..so point collection dia pun banyak..dan bleh redeem salah satu yg kat atas tu..tp kalau dua tak bleh la..so my hubby lebih minat yang 1st tu..maklum la sofiya belum leh berdiri lagi..so rasanya yang 2nd one tu untuk yang tulang dah kuat..yang bleh berdiri...tapi aku berminat yang 2nd tu..banyak game..jimat aku nak beli toys untuk sofiya..apapun sofiya tak minat toys dia..dia lebih minat pada kertas yang kite baca..buku pun dia minat..nnt nak beli buku banyak2..pastu beli almari..jadikan satu almari adalah buku n toys anak-anak.

so sesiapa yang ada bonus link, grab the redemption...kalau la aku kaya, mahu aku beli pressure cooker yang dioffer dlm bonus link redemption..aku juga mahu bli bread maker..hehehe..ntah bila mahu masuk di dapur yer...aku juga berminat pada fuzzy logic rice cooker..so the conclusion is..simpan duit..bleh aku buat koleksi..dah ada yang ni mahu beli pinggan mangkuk corelle(btul ke tdk ejaannya) atau luminarc...wow...taste juga aku rupanya...hehehehe

Wednesday, April 27, 2011

workshop


macam lama je aku tak update blog padahal baru 2 hari sunyi dr dunia blog..bukan takde citer tapi no time la..
2 hari aku join workshop yang diconduct oleh kuliyyah ICT,  workshop ni 3 hari tp aku join 2 hari je..1st day aku tak pi sbb no partner n aku pun tak berapa familiar dgn kuliyyah ict..worshop ni pasal eeg..opss korang tahu tak apa itu eeg?? EEG ni refer pada brain..lagipun workshop ni takde la kena pre register ke apa..kalau free luangkan je masa kat workshop..tak dpt banyak, dpt skit pn jd..

kalau ikut research aku pasal eog..cam related walaupun tak banyak sgt membantu kan...nak aku citer ke pasal eeg ni? kalau aku citer, nnt korang lak yang rasa bosan pulak..maklum la diluar bidang korang..sape medical student bleh kot join aku..actually my research more to rehabilitation..so kalau korg ada idea bleh pass to me..

tp kalau kuliyyah ict, diaorg mmg dah ader group..called BDG (brain development group). actually, dia org buat kajian t'hadap subject using brain..mereka dptkan data from brain..one of them ada yang buat kajian tntang driver..diaorg buat kajian perasaan driver, sama ada dlm keadaan fear, sad, natural and also calm...di samping itu juga mereka membuat kajian bila driver itu terlibat dlm kemalangan..terdapat 3 task mereka sediakan untuk subject diaorg..apapun diaorg punye kajian belum in real time..tp tidak lupe juga yang buat kajian ke atas pesakit autism..

tp b4 terlupa, dlm workshop tersebut, presenter yang terlibat adalah org jerman yang bleh berbahasa bhs indonesia because dia selalu ke singapore..nama dia bjorn..dia mmg pakar dlm bidang eeg dan mempunyai syarikat yang dikenali brain maker...dia terlalu hebat dlm bidang eeg dan juga pakar dlm psikologi..dia tahu macam mana nak handle budak2 autism..

hari pertama mmg dipenuhi  presentation from presenter from BD group tu..dan juga one presenter from NTU (nanyang Technology University-Singapore) dan merupakan seorg lecturer uitm..dia tengah siapkan thesis for her Phd...mmg hebat akak ni presenter..mmg menarik..cuma bila dah petang aku dah mengantuk..malu rasa kalau org terpandangkan aku..

hari kedua ku di seminar merupakan hari di mana kami collect data from the brain using eeg..kalau nak tahu lebih lanjut, korg leh surf internet la kan!!opps lupa lak..selain kami, ada 4 sisters from NASOM (National Autism Society of Malaysia) yang hadir..so maknanya data hari ni merupakan subject anak2 dr autism..aik macam ramai je..tak ramai pun..2 je...rasa penat lak nak tulis entry ni..mahu makan durian..jom...sambung lain kali citer peristiwa dan cabaran menghadapi budak autism ni...



apapun kalau korg nak tahu pasal autism..bleh layari NASOM. apapun budak2 autism mmg chumel..anugerah Allah..sesungguhnya Allah la pencipta alam ini..

sedikit tazkirah..

" Lihatlah penciptaan tulang, sendi dan otot kite, sesungguhnya di situ terbukti kehebatan pencipta kita Allah swt...drpd daging dijadikan tulang dan daging juga membalut tulang..kemudian dicipta otot untuk pergerakkan sendi...bayangkan andainya tulang tiada, lembik la kaki kita..bayangkan tiada sendi, maka tidak mampu la kite untuk menggerakkan jari dan menulis blog ini...sesungguhNya Allah la Tuhan kite..kite patut ikut semua suruhanNya dan meninggalkan larangNya."

Monday, April 25, 2011

suami soleh

apa kata hari ni kite citer pasal tugas lelaki atau lebih dikenali tugas suami..korg kat luar mst arif sgt benda ni kan! maklum la most yang kat dlm dunia blog ni semua dah ada husband n ada anak2 yang chumel.
okey jom terjah bagaimana ciri2 suami soleh.

1) mencari nafkah

oh..ini memang kemestian dan wajib ke atas lelaki mencari nafkah, baik untuk isteri dn anak2...untuk diri sendiri pun, dia kena cari nafkah sendiri.tak bleh suruh bini kuar mencari nafkah dn menanggung hidup dia..tp hari ni, mmg banyak perkara ini terjadi..tak tahu mana silapnya..mungkin zaman sekarang bila perempuan berkuasa sehingga tidak memberi peluang kpd lelaki-lelaki di luar sana. terdapat juga lelaki yang amik ringan tugas mencari nafkah bila si isteri bekerja..sdgkan kalau hukum tetap hukum..mana bleh diubah2. terdapat 2 kategori mencari nafkah:-

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

2)berjihad fisabilillah

okey kalau cakap jihad, bukan hanya di medan perang tetapi banyak yang perlu berjihad terutama di akhir zaman. lelaki sepatutnya berjihad untuk tidak membuat maksiat. especially kalau yang dah kawin tu, sila2 tutp pandangan drpd melihat perempuan yang suke tayang body..selain jihad drpd menutup pandangan..wajib juga ke atas diri untuk merajinkan pi solat berjemaah di masjid surau..bukan hanya berjemaah dgn isteri beserta anak2 ke shopping complex, taman permainan, bercuti ke luar dan dalam negara. so jangan pandang berijihad hanya di medan perang..buka minda baru tahu apa itu berjihad.

3) melindungi dan membela kaum yang lemah

oleh kerana perempuan sinonim dgn kaum yang lemah, amat wajib la bagi lelaki yang soleh melindunginya..bermacam2 kaedah yang boleh diterap di sini..antaranya jikalau dia adalah suami, maka wajib dia menyuruh isteri menutup aurat supaya apabila di luar sana, dia tidak tidak diganggu oleh anasir-anasir jahat yang mana ketua nya adalah syaitan. wajib bagi ayah melindungi anak perempuan mahupun lelaki dgn menyediakan tempat tinggal dan pakaian..kepada isteri2 atau anak2 sila la bantu suami atau ayah2 untuk melindungi kamu sebaik mungkin.

4)memimpin dan mendidik isteri dan keluarga
  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
sebelum si suami untuk mendidik isteri dan anak2, sila pastikan dia mempunyai ilmu terlebih dahulu agar mudah bagi suami utk mendidik mereka..andainya si suami atau ayah tak tahu, boleh sama2 berbincang..sbb itu la digalakkan mengadakan usrah keluarga bersama terutama di hujung minggu..usrah ni boleh buat di mana2..tak perlu formal..makan bersama2 pun boleh nak buat usrah..ini kerana mmg mendidik dan membimbing juga merupakan tugas hakiki suami.

Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

tazkirah pendek di petang isnin..renung2 kan lah..wallahualam
pagi2 aku mmg dah sampai uia..terus on laptop..
tapi hari ni aku nak wat entry peristiwa smlm..banyak gak la peristiwa semalam
1st aku tak dpt pi pureen warehouse and 2nd aku tak leh bergather2 kat sarakids tu..
maybe ada hikmahNya lah kan..take a positive..


tak semstnya without join sarakids gathering, kite gagal nak susukan anak
maybe Allah tak izinkan aku pi sana sbb banyak maksiat kot drpd pahalanya...
hehehe..sape baca entry aku ni jangan marah..
mana tak nak, kalau ckp bab pakaian..mashaAllah...
ada ke ibu yang dah ada anak still nak tayang body...
nak tayang kat sape?? kat ibu2 KIM ke? kalau la anak2 tu dpt bersuara, 
mst dia akan tegur mak dia kenape pakai camtu kan..
malu la tayang2 body ni kpd org yang tak patut ditayangkan
dan aku pun turut sedih bila lihat ibu2 yang macam ni
amik berat tentang penyusuan ibu, amik berat tentang pemakanan anak2..
tp bab hubungan kite dgn Allah diabaikan..
sedangkan kehidupan di akhirat tu kekal selama2nya..
tak perlu la tayang body yang cun  kat org..
aku bukan jeles sbb tak de body cun
tapi sakit mata melihatnya...nak tutp takleh sbb ramaikan manusia skrg mmg pakai camtu
pakai tudung tapi auratnya buka,
pakai lengan panjang, tapi tight pulak, pakai tudung, tapi nampak dada..


nak susukan anak lebih 2 tahun...ikut al-quran, tapi bab menutup aurat, al-quran diketepikan,
suami pulak dayus, tak berani tegus isteri dn kdg2 ikut ckp isteri lebih2 lak..


ramai ckp melalui penyusuan, anak bijak, pandai, dgr kata
tapi kalau didikan ibu tak btul, anak akan jadi tak btul biarlah menyusu kan anak selama 6 tahun..
aku mmg sedih bila ibu2 amik ringan tentang setiap perintah Allah..so sape2 terasa dgn entry ni..
muhasabah diri..kat mana kite? nak masuk syurga Allah mmg susah..sbb syurga Allah tu mmg nikmat yang takkan dpt dirasakan di dunia..pepagi aku dah start bagi tazkirah..ingat lagi masa aku jadi lecturer kat poli
aku akan tugaskan sape dtg lambat kelas aku, mmg kena bagi tazkirah...wallahualam..


entry aku ni sebenarnya nak citer..yang aku punye tepon kena barred..memandangkan banyak sgt program hari ni, aku pun pikir la nak bayar bil..biasanya cik hubby settle kan..nak dijadikan citer, adik ipar aku tgh ada gf baru, maka faham2 la..bil pun melambung..kami pakai postpaid..4 org dlm satu plan ni dan limitnya 650...tapi adik ipar aku pakai..400 lebih maa...so selama 1 week juga aku takleh nak call out..tgk je la sms yang masuk..takleh nak reply apa..nasib kan!!so smlm aku dgn rela hati ckp kat hubby biar aku bayar dulu..lagipun hari ni hari gaji..org keje ngomen la..so aku dah bayar guna cimbclick..tapi masa tu dah nak finish..tetiba my hubby masuk tegur aku tulis no phone mana masa nak bayr bil tu, aku ckp la no my hubby...dia kata bukan...dia kata no digi..so aku back..buat benda sama..jz tukar no phone...dah finish...tgk2 duit aku dah kurang seribu maaa...ya Allah, dugaan lagi..aku dah buat 2 kali pembayaran..seribu bil tepon aku bayar....so aku cakap la kat hubby Allah tak kasi pakai incredible S tu....nak kata sedih tak sgt kot...tp my hubby mmg rasa bersalah..mst ada sbb kan Allah buat camtu..mungkin aku kedekut ke..tak bersedekah ke..itu semua peringatan...


takpe la, nasib tak menyebelahi aku weekend lepas:-
tak dpt pi CLOTH diapers kat MLO
tak dpt pi Warehouse pureen
tak dpt pi SARA KIDS Gathering
hope dpt pi PESTA BUKU ANTARABANGSA..


p/s: bila kite pikir positive apa yang terjadi, pasti hati kite akan gembira selalu

Saturday, April 23, 2011

durian oh durian



entry kali ni nak citer pasal durian..
mst korg kat sana pun suke durian..
tp jangan lupe
ada juga yang tak suke durian
 like my hubby and my adik no 4..
huhu...sabar lah dgn org yang memilih makanan ni

ni kali ke-3 aku beli durian
1st time beli durian kat umah aku
amik kau..4 biji 20 ringgit..mahal nak mampuih
itu aku beli longgok
baru aku perasan kalau durian yang longgok kt sini
diaorg dah tebuk sana sini
so mmg patut la murah sgt..
tp bagi aku still mahal

aku nak kata giler sama durian tak la
minat la makan
sdp tau!!
makan la banyak mana..
mmg sdp
tapi alhamdulillah
aku mkn banyak 
tp tak pernah rasa nak pening atau
panas badan..
sykur padaMu yang Allah

tadi aku beli durian
kali ni kat klang
belakang umah MIL
area sungai udanag
yang syoknya
1 kg 8kg durian gred D 24
aku bukan tahu pun gred2 durian ni
yg pnting isi oren, aku bantai je
tadi beli
lbh kurang 3.5 kg..tp 
tauke tu siap kasi 3 kg je..tolak kulit durian tu
rezeki..so 24 ringgit la

ada yang longgok 
10 ringgit 4 biji
takkan nak la
nak beli timbang gak

tapi syok 
tahun ni dah 4 kali dpt bli durian
hari tu makan bubur durian
serawa durian
semua my MIL buatkan
hehehe
kalau aku buat, makan2 sorg2 je la
hubby tak suke..:-(
thanks to my hubby
yg tolong temankn pi beli




apapun aku rindu mahu balik umah mak
mak aku mmg ada dusun
tapi kitaorg prefer panggil kebun
kat kebun mak
ada  pokok durian, pokok manggis
pokok cempedak, pokok salak
pokok petai, pokok dokong
tp tak tahu tahun ni ada buah tak
tak sempat nak tanya
asyik lupe je

aku suka pi kebun
sbb aku bleh rehat sambil riadah
panjat pokok manggis ke
pokok rambutan ke
jarak kebun mak dgn umah mak 
amik masa 30 minit

masih aku ingat
masa kebun mak ada durian
mak aku tak bagi kami beli durian 
mak ckp tunggu 
yg kebun mak masak
hehehe
geram juga masa tu
sbb dah banyak durian kat pasar
jenuh mahu tinggu durian mak gugur
tp mak ttp kata tunggu
tp tunggu punyer
tunggu
dpt juga makan

sebagai kesimpulan
sungguh hebat penciptaan Allah
ada dusun, ada durian, 
hebatnya Allah
menjadikan durian
yang kulit keras berduri
kemudian dalam kulit berduri
ada isinya kuning keemasan
tak lupe
rasanya yang manis
apapun kite masih boleh lihat kehebatan Allah
kite boleh ajarkan anak2
ttg Allah
melalui pemakanan yang dicipta olehNya
sungguh luas ilmu Allah
wallahualam

Friday, April 22, 2011

pelaburan

terlintas di kepala mahu menulis tentang pelaburan..kalau ckp pasal pelaburan my hubby la excited..macam2 pelaburan dia minat..ckp la pelaburan emas, saham, duit, tp dia tak nak pelaburan skit2..nak masuk pelaburan sekali berdebuk..amik kau..sekali masuk 100 ribu, dlm tempoh 20 tahun, you will get 500 ribu..mana mau cekau duit banyak2 nak wat pelaburan..so aku bagitahu la kat cik hubby, buat lah pelaburan skit dulu, cam 10 ribu ke, ye la mana kita tahu akan dtg..nak kejar keuntungan tapi yang dpt muflis..wallahulam.


actually nak citer pelaburan untuk si kecik sofiya, aih..asyik2 citer pasal sofiya kan..nak wat camner, tu la anak aku buat masa ni..terbuntu kejap nak sambung citer aku..sbb tertiba adik anto msg, dia cakap ada pak cik ni, satu jemaah cakap aku pandai menulis..huhu..padahal macam2 entry dlm blog aku ni..pak cik adalah tok imam kat surau rantau petronas kertih..tutup muka jap bila someone who i know more baca entry2 aku ni...mmg aku ni pemalu orgnya.



berbalik kpd tajuk aku kat atas tu, aku nak share la apa yang my parents buat kat aku adik beradik n aku pn dah follow for my little girl.. mmg dari aku kecik, parents dah buka akaun tabung haji..bayangkan 8 anak2nya mak ayah aku buat camtu..that's why aku boleh tunaikan haji masa usia aku umur 16 tahun..ini semua berkat mak ayah aku menabung kt tabung haji...kalau ikutkan tabung haji tu bukan duit aku langsung, itu duit mak ayah aku n they berhak untuk ambil semula duit tu kan! tapi dgn duit tu juga aku pernah pinjamkan kat kawan aku..bg adik2 aku yang umur 17 tahun tu pun duit diorg dlm tabung haji tu dah layak wat dia pi tunaikan haji..tp sabar la..skrg ni tunaikan haji kena quene..so sesape yang blom register haji, sila buat demikian.


kalau ikutkan dulu, mak ayah aku hanya simpan 20 ringgit je sorang..tp2 bulan tak pernah miss..so bayangkan dr 20 ringgit sebulan akan jadi hampir beribu dan juga berpuluh2 ribu duit dalam simpanan dlm tempoh 20thn..itu yang dikatakan pelaburan yang membawa untung..hbtkan my parents dlm pengurusan kewangan anak2!!!


skrg ni pun aku dah buka akaun sofiya. akuan buka akaun sofiya masa pameran MAHA..kebetulan ada booth kat situ..so apa lagi, dgn 5 ringgt dah bleh buka akaun..alhamdulillah, dgn duit raya yang sofiya dpt tu, aku jadikan modal permulaan..kemudian skrg aku n hubby mmg peruntukkan sebanyak RMxxx untuk tabungan tabung haji sofiya..bayangkan kalau sethn dh seribu lebih...cuba tengok kalau lagi 20 tahun...atau lagi 18 tahun..dengan duit tu la bleh bayar yuran masuk universiti jika sofiya anak aku tiada rezeki utk dpt mana2 tajaan..sediakan payung sebulan hujan..




tapi ada juga yang membuat pelaburan dlm bntuk insurans..nak pilih insurans terbaik pun bukan senang..ada yang banyak procedure..bila nak duit tu, bukan main susah..so kena bijak dlm pelaburan dlm insurans..skrg macam2 insurans ada, medical lah, warga emas, pendidikkan lah..pasal insurans ni aku kurang arif..tp my mil mmg org yang banyak pengalaman dlm insurans, pernah jadi agen..n pernah suruh aku jadi agent..tp tunggu la..blom waktunya..


ini juga adalah salah satu tips pendidikan anak2...merebung buluh biar la dari rebungnya..ajarkan anak supaya berjimat..sediakan tabung duit, nnt senang nak simpan, masih aku ingat dulu, sure aku akan simpan duit belanje sekolah yang mak ayah kasi, nnt senang nak beli apa2 tanpa bergantung duit kat parents..


30th Anniversary


ini lah my parents
my mom and my dad
actually semalam their anniversary
ulang tahun ke-30
hepi anniversary
wow! 30 tahun???
aku baru 1 tahun
tahniah mak ayah yang masih kekal
apa rahsia??
sharing is caring
btul tak??

sini aku nak wish 
selamat ulang tahun
to my parents
yang ke-30
pada 21 April 2011
semoga keluarga kite makin bahagia
sorry mak and ayah
takleh nak call or wish by sms
hp kena barred
gara2 penggunaan mencecah limit

di kala usia perkahwinan mereka
yang ke-30 tahun
alhamdulillah
mereka telah memiliki segala-galanya
anak seramai 8 org
2 lelaki 6 perempuan
sorang menantu n sorg cucu perempuan

mereka masih bekerja
my mom guru add math di smkso
ayah pegawai di KETENGAH
anak-anak ada yang sudah habis di menara ganding
2 masih bersekolah

walaupun mereka sudah memiliki segalanya
umah, keter, anak2, cucu, keluarga bahagia
tapi mereka masih mencari keredhaan Allah
masih bersusah payah
mengikuti program2 berbentuk dakwah
dulunya JIM sekarang IKRAM

mereka juga yang mendidik daku n adik2 n kakak
menjadi seorg muslimah
memberi pendidikan tarbiyyah
walaupun aku tak sekolah agama
tp my parents menitik beratkan agama
masih aku ingat tika darjah 4 kalau tak pakai tudung
sure kena rotan oleh ayah
tp takde la teruk
rotan batang kayu atau daun2 pokok
tp khamis
mak akan ada usrah keluarga
kat situ la kami akan
dengar citer nabi2
mak ajarkan kami solat
mak akan ajar kami mengaji
bila kena baca banyak
mula lah kami tarik muka
tp aku juga ada tok guru mengaji
sekadar tuk dapt sijil khatam al-quran

bila time cuti
kami dibawa jalan2
pergi kl, langkawi, cameron higlands, kelantan
dn sebagainya
cuma kami tak pernah pi genting
sbb tu tempat yang banyak maksiat
huhuhu

kami juga pernah pergi berkhemah bersama2
mandi sungai bersama2
itu la aktiviti kami bersama
sambil mendekatkan diri dgn Allah
kami juga beriadah
hidup kami berasaskan
tauhid yang satu
Allah adalah pencipta
kalau nak citer pasal keindahan bersama
ibubapa
tak  mampu aku coretkan di sini
kerana terlalu banyak
memori kami sekeluarga
apapun aku sayang keluarga aku
aku bahagia
dilahirkan dan dibesarkan oleh
Encik MOHD NOOR BIN MOHAMED
& PUAN RIBUAN BINTI SALLEH